Pakej Bersalin cukup berbaloi buat anda di Rampai Puteri Medical Centre. Tiada bayaran tambahan !

by - Isnin, Oktober 01, 2018


Melahirkan anak bukanlah mudah. Pastinya korang  inginkan yang terbaik serta selesa buat isteri korang ketika melahirkan anak. Selepas melalui 3 kali pengalaman , maka aku rasa aku patut berkongsi maklumat dengan korang terutama yang melahirkan anak buat pertama kalinya. 

Jika berkemampuan , pastinya memilih hospital swasta.. kan ? Dan aku syorkan Rampai Puteri Medical Centre. Kenapa ? Sebab doktor pakarnya perempuan ! Nahhh... cukup kuat tak alasan untuk ke sana ? Hahahaa.. 

Pengalaman aku bersama wife ketika dia melahirkan Aariz di hospital swasta menyebabkan aku berminat untuk berkongsi maklumat ni dengan korang... mereka yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi dan tercari hospital swasta yang sesuai dan selesa.

Andai ada rezeki sorang lagi baby, maka aku akan pilih Rampai Puteri Medical Centre dan mengambil Serenity Package. Pengalaman membawa anak anak ketika mereka sakit dahulu menyakinkan bahawa Rampai Puteri Medical Centre akan berikan perkhidmatan terbaik mereka.

Kenapa dan mengapa ? Haaaa..  Tonton video di bawah ni terlebih dahulu... 


Menariknya ialah TIADA BAYARAN TAMBAHAN dikenakan bila mengambil SERENITY PACKAGE ni ! Jika wife anda atau anda yang bersalin di sini di bawah pakej tersebut , kena lakukan Caesar , maka tak perlu bayar apa apa dah ! Fuhhh... Bayangkan jika di hospital lain. Sah sah dah serabut punya ! Yelah , ada bayaran lain lak kan ? Tak pasal pasal pening kepala. Kalau takda duit ketika tu , camana lak ? Haaa.. Tu untungnya SERENITY PACKAGE ni ! Takda bayaran tambahan.. Diulangi , tiada bayaran tambahan !

Selain tu , jika ditahan lebih lama di wad andai ada masalah seperti pendarahan ketika melahirkan anak , pun tak perlu nak bayar lagi dah ! Berbaloi ? Heheehe.. Ini termasuk juga jika ada ubat ubatan tambahan termasuk juga pemindahan darah ! Tiada bayaran tambahan gituu.. Korang hanya perlu bayar sekali SAHAJA !

Apakah itu SERENITY PACKAGE ?

Ada 3 pakej harga
  1. Serenity Suite - RM4200
  2. Serenity Single Room - RM3800
  3. Serenity Open Ward - RM3200
Terma dan Syarat  serta kelayakan untuk mengambil Serenity Package ialah : 



Menarik kan ? Haaa... Kalau masih belum paham atau ada sebarang pertanyaan, boleh telefon terus ke 03 4131 2039 atau rujuk ke Facebook Page RAMPAI PUTERI MEDICAL CENTRE .

Kongsikan bersama rakan anda artikal ini jika bermanfaat ! 


You May Also Like

25 comments

  1. Wahhh memang best laa kalau betul takde tambahan kos . Mmg untung sangat laa kat sini . Biasa kat mana2 pon kalau ada masalah ke apa2 berkaitan akan ada la kos tambahan kat situ ..

    BalasPadam
  2. Menarik laaa pakej nya. Tak sangka harga below RM5k. Nina ingatkan swasta semua mahal. Tapi untuk nina mengandung dan bersalin tuk kali ke-6 ... Hurmmm.... . Jap, fikir sat! 😝😝

    BalasPadam
  3. Ok sangat harga tu, lagi ok bila takde kos² tambahan tersembunyi...

    BalasPadam
  4. Bagus doktor pakarnya perempuan. Dpt doktor lelaki mmg rasa segan huhu

    BalasPadam
  5. Murah..masa bersalin dekat Kmc CecAH Rm7k.. experience...🤣

    BalasPadam
  6. Boleh tahan harganya..mana tau next baby boleh try sini.. Hahaha

    BalasPadam
  7. wah bgs sgt hosp ni pnya offer.. leh recommend kt kawan2

    BalasPadam
  8. boleh lah harga ni.Menarik,kita nak bersalin,bukan fikir hnya harga saja.Keselesaan yg penting.. kat tempar lain tak dapat ni.

    BalasPadam
  9. Menarik sangat. Zaman eiza bersalin dulu takde kos istimewa macam ni. Nanti boleh sebarkan kat kawan2 dan saudara mara.

    BalasPadam
  10. Adik ipar huda baru jer bersalin kat sini, dia kata puas hati dgn servis sini. Memang terbaik.. nk rekemen pada kawan2 pakej menarik ni

    BalasPadam
  11. Wah, cam nak mengandung lagi lah. Murahnya tempat ni.

    BalasPadam
  12. Pernah bawak anak check up kat Rampai Puteri .. layanan memang terbaik . Member pun ramai bersalin sini sebab berbaloi

    BalasPadam
  13. Wahhh... Takde bayaran tambahan ni bagus la untuk bakal ibu bapa... Senang nak bajet kos bersalin tu.... Tak payah nak fikir dah...

    BalasPadam
  14. Owhhh tak sangka ada juga pakej yang menarik mcm ni. Nanti nak share benda baik ni

    BalasPadam
  15. terbaik pakej nih , takderlah org kelam kabut kalau berlaku apa2 ....:

    BalasPadam
  16. Senangnya orang sekarangkan..dr mengandung sampai ke sudah, semua dah siap ada pakej, sediakan aje duitnya..
    Jenis aku senang beranak, ada tak sempat nak guna pakej, dah beranak dalam kete hahaha macam no2..

    Pakej tu pun berbaloi harga..kalau aku nk beranak, boleh gak cari kan Jb ni..tapi kilang dah tutup hahahahaha
    Aku tunggu anak no4 ko je laa Ben hehehehe

    BalasPadam
  17. Berbaloi-baloi harga pakej serenity tu.. Ialah, proses bersalin ni bukan boleh dijangka.. Dah lernah atau biasa bersalin normal pun bukan bermakna tak ada kemungkinan untuk kena caesar..

    Bolehla recommend kat kawan2 atau sedara mara ni..

    BalasPadam
  18. menarik harga pakej tu. tak lah mahal sangat

    BalasPadam
  19. Wahhh menarik! Pakej bagus dan servis tip top, bayar mahal sikit pun takpe kan? Yang paling best takde hidden cost tu.

    BalasPadam
  20. Teringin juga nak bersalin dekat hospital swasta..hahaha..tapi tu la tengok kemampuan kan..mungkin untuk anak seterusnya boleh kot ke sini..hahaa..sebab tiada kos tambahan..doktor pun perempuan..dekat dengan rumah pulak tu

    BalasPadam
  21. Ada rezeki nanti boleh difikirkan..

    BalasPadam
  22. Boleh simpan duit awal-awal sebelum preggy lg

    BalasPadam
  23. rasa nak mmengandung lagi lah hihihi leh bersalin kat sini..

    BalasPadam