Palu , benar benar buat hati aku dipalu !

Seakan tidak percaya. Aku tak nak kata inilah balasan Allah sebab di negara kita pun lebih kurang je kemungkaran yang sedang berlaku. Tak terbayang andai berlaku pada aku. Di mana aku nak lari. Apakah aku akan lari selamat diri sendiri ? Atau siapa yang akan aku dukung ? Apakah nasib anak bini ? Huhuh.. 

Dikatakan jumlah yang terkorban hampir mencecah 2 ribu orang manakala yang masih hilang dianggarkan 5 ribu. Itu info semalam yang aku baca. Terkini aku tak pasti. Melihat video video yang berlaku bermula dengan gempa bumi diikuti dengan Tsunami dan kemudian lumpur , cukup menakutkan. Mayat mayat yang ditemui cukup memilukan hati.  

Segalanya berlaku sebelum Festival Nomoni 2018. Dan ada yang kaitkan dengan upacara upacara tertentu. Aku tak nak adili apa apa sebab aku tak tau apa yang berlaku di sana melainkan bencana tu jer.  Dan yang pasti , ianya memberi peringatan kuat buat kita yang mana kesan dari bencana tu ,  kedudukan Malaysia ni dalam keadaan ' merbahaya' ! 





Kalau korang search , korang akan jumpa macam macam gambar. Seperti dalam filem tapi itulah realitinya... realiti yang nyawa kita ni cukup rapuh.

Bawak bawak la bertaubat..

5 ulasan:

  1. Allah hau akbar..tiap sesuatu berlaku pasti ada sebab. Allah maha mengetahui tiap apa pun di pelusuk manapun. Kita ambil iktibar banyakkan doa dan memujiNya

    BalasPadam
  2. tengok vedio..bermacam2 keramaian..

    BalasPadam
  3. Setiap musibah atau ujian Allah izin berlaku pasti untuk hamba-hamba-Nya lebih mendekat..lebih bertaubat dan lebih erat genggam tali-Nya..ujian itu untuk menguji iman..ujian juga untuk menjadi amaran.
    Allahu..pilu..sayu..ambil tahu apa yang Allah mahu.

    BalasPadam
  4. Takut kan jadi macam ni. Negara kita ni masih selamat walaupun tersepit antara angin taufan dan gempa bumi.

    BalasPadam
  5. Memang sedih sangat, nangis tiap kali tengok video dan gambar² kejadian ni.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.