Review Sudio Niva True Wireless Earphone dari Sweden dan Diskaun 15% untuk korang !
Setiap kali di gym , aku dapati mereka yang turut berada di sana , berada di dunia sendiri ! Cari feel sambil berlari dan angkat besi ? Hurrmmm... Aku pun cuba gak la mencari feel dengan cara gitu. Tapi aku dapati , terganggu lak pergerakkan aku dek dengan wayar wayar earphone !
Huhhhh... Tak syok betul. Feel tu dah ada tapi gangguan tu bikin aku hilang mood lak.
Aku pandang sorang sorang. Ada yang pakai wireless earphone dan ada yang berheaphone. Nampak cool gitu ! Aku pun nak gak laaa cam ni. Tapi kalau boleh tak nak la pakai headphone. Aku rasa cam pilot layan besi lak lagaknya. Dan rasa pun tak sesuai untuk aku yang dah dewasa ni.. Eceh... Kalau muda ok la kan ? Sesuai la gituu..kan kan ?
Dan masalah aku ialah , apa yang sesuai dengan aku. Mana yang berbaloi untuk aku dan paling utama, kualitinya. Dah cuba dah yang jenama murah murah tu tapi sangatlah tidak memuaskan hati sama sekali. Aku teringat yang aku pernah guna earphone jenama Sudio satu tika dulu dan soundnya sangat memuaskan hati.
Aku ke www.sudio.com/my. Dan aku memilih Sudio Niva . Hati sudah terpaut dengan dia. Huhuh.. Ada banyak pilihan warna di situ ! Mana satu yang sesuai untuk aku ?? Ok.. jumpa wireless earphone yang sangat cool. Ada beberapa pilihan warna dan aku pilih warna puth.
3 warna pilihan dengan harga RM425 setiap satu.
Spesifikasi SUDIO NIVA:
Aku pun order.. Buat masa skang , Free Shipping dan warranty selama setahun ! ! Masa penghantaran selepas belian ialah 2-7 hari bekerja, sampai ke tangan aku melalui Ninja Courier. Memang terbaik la. Memang ikut jadual la. Tak sabar nak guna kat gym. Dan berharap mood dan semangat berubah pasni. Bukan apaaaa.. kat gym kadang kadang lagunya tak kena ngan jiwa. Pastu ada je gangguan dengan suara suara orang mengerang menjerit. Bikin potong stim jer..
Sudio Niva True Wireless , warna putih.
Letak jer... automatik akan charge earphone tu. Dan ianya m ampu bertahan sehingga 17.5 jam lamanya untuk 3 kali charging. Satu satu masa kali guna , boleh bertahan hingga 3.5 jam. Lama la kan ?
Kabel charger juga akan dapat setiap belian
Charging Port
Petunjuk kuasa bateri
Kualiti.
Charging
Setiap pembelian akan dapat 4 Swedish Design Coasters
Bergayakan ? Haa... nak keluar jenjalan pon best guna Sudio Niva ni lebih lebih lagi kalau nak guna pengangkutan awam. Fuhh.. layan dunia sendiri wehhh..
Selain daripada soundnya yang sedap , Sudio Niva adalah kalis peluh. Maknanya jika korang kaki jogging atau cam aku , kaki gym.. memang sesuai la. Susah nak jatuh jika berlari. Kiranya melekap elok la di telinga tu. Oh ya... Jangan pulak bawak masuk ke dalam kolam air. Bukan kalis kolam renang weh ! Gahaha...
Panggilan masuk melalui telefon pintar. Tekan je butang di earphone tu dan terus jawab je terus melalui Sudio Niva ni. Clear sound dia. Wife aku tak komplen pon bila aku bercakap dengan dia. Ni kalau orang tengah hangat bercinta ni , guna Sudio Niva pasti laa syok. Tak payah nak pegang pon phone.
Khas untuk pembaca blog Ben Ashaari , kalau nak beli Sudio Niva ni , ada diskaun sebanyak 15% ! Sila guna kod BEN2018 ketika melakukan pembelian. Banyak gakkk wooo beza kalau tak guna.
Untuk maklumat lanjut :Instagram : https://www.instagram.com/sudio/
Facebook : https://www.facebook.com/Sudiosweden/
Web : https://www.sudio.com/my/
Tunggu apa lagi.. cepat gi rembat sebelum abis tempoh diskaun.
19 comments
Wahhh best ni ada diskaun.. harap sempat la tunggu gaji.
BalasPadamnice . tp tengok harga.. gulp... simpan det dlu hahaha.
BalasPadamwah.. nak warna pink lah.. 😍😍💗
BalasPadamBest betul.... Ni nak bawak travel pun senang... Takyah risau wayar berselirat.... Nak jugakkkkkk!!!!!
BalasPadamMmg syok pakai. Lekat elok ja, i siap lompat lompat nak try tengok earphone ni jatuh ka tak. Nasib baik jiran umah bawah tak marah gegaq hahaha
BalasPadamNak jugakkk, sekarang pakai earphone bluetooth jugak, tapi yg ada wayar... Hahahaa
BalasPadamtudiaaa.. kecik molek..lawa..
BalasPadamIni kalau ku pakai sambil kayuh basikal. Mau tak sedar kayuh 30km.
BalasPadamwahh..bebetul syok ni kalo dapat memililki..Nampak smart betul. Sesuai utk peringkat umo ni
BalasPadamPwrgh best giler.. Warna putih pulak ty. .tak terfikie pulak boleh buat untuk bercakap dekat phone. .Best ni
BalasPadamwooow ni mmd awesome giler..tahan peluh tu mmmg best..mmg kena beli ni
BalasPadamWahhh best sangat ni, nampak smart dan selesa bila pakai. Takde dah masalah wayar berselirat!
BalasPadamMantap. Kalau compatible dengan iPhone rasa ramai beli ni.
BalasPadamCun gilehhh , takyah semak dengan tali sebab mesti terbelit2 fuhh
BalasPadamNampak eksklusif... boleh hadiahkan utk yang tersayang. Sesuai sangat ni
BalasPadamMmg stylo abih laa bendalah ni kan . Cun pon cun .
BalasPadamfuyyooo.. mesti best, nampak rupa dia pun trendy sgt. ala2 hipstur gitu
BalasPadamPastel blue cantik.
BalasPadamstylo giler, memang sesuai dengan ben yg banyak habiskan masa kat gym .....rasa nak beli seketul pulak
BalasPadam