Samsung Galaxy Note 9 , mengecewakan aku ! - BEN ASHAARI

Samsung Galaxy Note 9 , mengecewakan aku !

Lama dah aku idamkan Samsung Note ni. Kenapa ? Sebab dia ada S Pen. Dengan adanya S Pen , banyak kerja kerja terutamanya untuk mengambil nota cepat dilakukan. Nak menaip dengan keyboard telefon pintar tu bukan mudah. Naik kejang urat jari jemari. 

Maka aku dapatkan Samsung Note 9 yang dikatakan terbaik buat masa ini.


Sejujurnya bagi aku la... yang dah guna Sony Xperia dari dulu laa (sejak Sony Z2  hingga Sony XZ2) , aku dapati kekuatan Samsung Note 9 ni terletak pada aplikasi dan rekabentuknya. Kamera dan paparan ( display ) , mengecewakan aku sama sekali. 

Kalau nak menonton movie yang paparan HD , memang aku akan gunakan Sony Xperia XZ Premium. Puashati kauu ! Samsung Note 9 , menang pada bunyi. Memang best ! Yelah , Sony XZ Premium gunakan teknologi Bravia dan 4K display berbanding Note 9 yang gunakan Super Amoled ( 16M Color ) , yang ternyata tak mampu beri kepuasan pada mata aku. Orang lain , aku tak tau la.. 

Ok.. part kamera lak. Haishhhh... Bila aku amik gambar guna Samsung Note 9 , kelihatan mengagumkan. Sayangnya bila post ke Instagram , dan aku tengok kembali dengan menggunakan Sony XZ Premium , gambarnya agak kurang menarik minat mata aku. Begitu juga kualiti videonya. Hurm... Kalau malam , bahagian pengerakkan memang tak syiokk sama sekali. Melainkan kalau still picture tu , boleh la kot. 

Kiri, Sony... Mode , Auto. 



Kesimpulannya.. aku nak tunggu XZ2 Premium atau XZ3 sampai di tangan aku. Samsung Note 9 , bab aplikasi memang terbaik la. Tu tak boleh dinafikan. Memang syok layan aplikasi Samsung ni. Sony perlu perbaiki part tu. 

Apa apa pun.. ni cuma pandangan seorang amatur dari segi paparan dan kamera jer. 

2 ulasan:

  1. Alaaa bila nak dapat Note9 ni, tabung tak penuh lagi.

    BalasPadam
  2. orang dah cakap bak sini. tp nak free. lols

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.