Suami pendengar yang baik atau ...

by - Selasa, Oktober 02, 2018

Dalam kereta... wife diam. Aku pun seperti biasa tanya la pasal pejabatnya. Dia malas nak cerita. Penat katanya. Sian.. Aku tau bekerja di pejabat tu tak penat tapi yang memenatkan ialah karenah manusia di pejabat tu ! Haihh... 

Akhirnya dia pun bukak cerita. Bila dia bercerita , respon aku bukanlah diam tapi sebaliknya membebel balik ! Hahahaa.. Lagi berat kepala otak dia dengar bebelan aku. Pastu aku tukar cerita. Kalau tak , aku pulak naik hantu dengar sebab.. hurm... 

Tapi tu dulu laaa... maksud dulu ialah tiap kali aku jemput dia pulang dari pejabat. Sejak petrol mahal ni , tak la lagi gi jemput. Dia memandu sendiri jer. Dan di rumah... masa berbual cumalah sebelah petang selepas dia sampai rumah dan sebelum tidur. 

Namun wife bukanlah seorang peluah masalah. Dia jarang nak berkongsi masalah dia. Sebaliknya aku yang selalu meluahkan rasa tapi kebelakangan ni aku jarang sebab aku malas nak simpan sampah sampah manusia lain di dalam kepala aku... heeee... kang hypertension aku jadinya..


Sejujurnya... ceritalah apa saja pada suami korang. Diorang akan mendengarnya. Bukanlah tidak menghayati masalah anda tu tapi mereka berlakon cool jer. Walhal di dalam hati... haaaa.. Jangan cepat hakimi orang lelaki tauuu ! 

You May Also Like

7 comments

  1. selalu juga bercerita perihal pejabat
    tapi kalau masalah tu jarang lah..
    malas nak tambah masalah pd dia..just keep on my mind :)
    btw suami mmg seorang pendengar yang setia

    BalasPadam
  2. Yup betul, husband saya memang akan khusyuk dengar kalau saya luahkan masalah kat pejabat pada dia. Respon tak respon tu bagi saya lain cerita, janji saya puashati dah luahkan. Tapi saya tau dia pendengar yang baik.

    BalasPadam
  3. Setuju..husbnd adlh pndgr yg baik dan pndai jga rhsia..xsewenangnya buka cite pd org lain..itulah kita suami isteri kan..cubit paha kiri.paha kanan trut terasa..

    BalasPadam
  4. kita mmg cte smua benda kt asben.. huhu.. ssh nk simpan. kdg tu just nak dgr dia menyokong kita jer.. cukup utk tenangkan hati..

    BalasPadam
  5. haha ingatkan selama ni lelaki tak kisah pasal cerita cerita macam ni

    BalasPadam
  6. hahaa..memenag selalu cerita..kadang dia bukan pandang kita masa kita cakap..tapi dia dengar apa kita cerita..nanti dia balas balik..haha

    BalasPadam