Tiada garam dan gula seharian...

by - Khamis, Oktober 11, 2018

Tiada gula

Tiada gula dan krimer. 

Dulu aku sombong ! Arwah bapak aku berkali kali tegur ... " Jangan , jangan , jangan... ". Nanti sakit macam dia , hari hari kena makan ubat ! Yer, dia hari hari makan ubat diabetis , darah tinggi dan kolestrol. 

Boleh dikatakan dulu hantu maggie la aku. Sekali hadap , 3-4 bungkus ! Fuh... Arwa marah. Katanya bahaya. Nanti dapat tekanan darah tinggi. Aku tak pedulik ! Setakat darah naik tinggi , apadahal kan. Tapi bila dah nak masuk 30 tahun , doktor baru tau yang aku ada Hypertension , aku gembira. Ok pe Hypertension. Bunyi macam super hero dah kan ? Bila dibuat kajian dan di berita banyak kes kes kematian di usia muda.. baru aku takut ! Bukan takut mati tapi takut diserang sakit kemudian terdampar atas katil... tak mampu buat apa apa dan menyusahkan orang selepas itu ! 

Minggu ni , di tahun 2016... mengimbas kembali aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 ke Phuket. Dan di sinilah segalanya bermula. Aku sedar dan pentingnya menjaga pemakanan. Walaupun aku ke gym boleh dikatakan setiap hari tapi bab makan , aku gagal mengawalnya. Main bedal jer. 


Akhirnya aku tau apa yang sesuai untuk aku amalkan setiap hari. Dan ianya berbaloi. Aku tiada lagi sakit kepala... Dan stress pon hilang ! Lidah aku pun dah rasa lain. Bayangkan dulu wasabi aku boleh bedal gitu je.. tapi sekarang ,tak mampu dah ! Pastu minuman yang ada gula sedikit pun aku dah rasa manis sangat. Aku kena minum tanpa gula.. tu pun dah rasa macam ada gula ! 

Pengalaman menjaga arwah ayah di hospital menyedarkan aku. Kalau tak jaga makanan di zaman ni , pelbagai penyakit boleh singgah dan paling merbahaya ialah kanser ! 

Nak makan sedap tu ok jer.. Tapi berpada pada dan sederhana. 

You May Also Like

8 comments

  1. yup..betul.Kalo kita amalkan gaya hidup sihat... selain menjaga perut...workout.Tekak kita pon automatik tamau makan benda manis.

    BalasPadam
  2. Asalam..tips sihat semoga sentiasa sihat..

    BalasPadam
  3. Betul..kena jaga pemakanan dari sekrang. Bukannya sudah dilanda pelbgai penyakit baru mula

    BalasPadam
  4. Chik Tie pun dah mula balik Eat Clean. Aduhlah bukan main sedap makan-makan, sedar sedar dah makin banyak kg yang naik. Seminggu sekali cheat day, tapi masa cheat day pun dah tak nak benda benda manis.

    BalasPadam
  5. Sekarang memang tak minum dah air manis, kemana je bwk air masak.

    BalasPadam
  6. Semoga aku diberi kekuatan untuk jaga pemakanan juga. Haih. Ini semua salah makanan

    BalasPadam