Tiba-tiba Qhaliff tunjuk jari tengah pada aku !

by - Jumaat, Oktober 05, 2018

Sedang aku tarik kabel charger , Qhaliff tiba-tiba datang pada aku dan bersuara..
" Daddy , boleh tak tunjuk ni ?". Katanya sambil menunjukkan jari tengah pada aku. 

Hah ???? Dahi aku automatik berkerut. Dia terus takut tengok perubahan pada riak muka aku. Kaku !  Aku tau dia cuma bertanya jer dan dia tak tau pun apa maksud isyarat jari tu. 

" Sapa ajar Qhaliff ? Tengok kat Youtube ke ? Ke kat tv ? ". Tanya aku bertubi tubi. Satu kesilapan aku. Spontan. Hurm... Sepatutnya aku tak perlu buat gitu. Kena cool dan ajak dia berborak. Dari situ baru boleh korek rahsia.

Dia terus menangis meraung-raung. Ok, di sini yang buat aku hilang pertimbangan. Biasanya dia akan menangis begitu bila buat salah atau silap. Aku cuba pujuk tapi gagal. Lagi kuat dia meraung sambil menghempas kaki. 

Aku cari hanger baju yang kecik. Saja nak ugut dia suruh berhenti menangis. Tapi makin kuat tangisan dia. Huk alohhhh... Aku ulang soalan aku. Dia jawab dengan raungan seperti kena rejam dek batu walhal sentuh pun belum.

2 tahun sudah berlalu. Sekejap je dah besar. 

Hurm.. Aku tak suka sebenarnya tapi jika dibiarkan , aku takut nanti dah besar... dia akan jadi seorang perahsia. Aku nak dia berterus terang dengan aku walaupun dia buat salah. Namun gagal. Nak tak nak, aku kena la guna hanger tu. Maka melekatlah di betis dia beberapa das. Tak kuat. Lagi pun dia pakai seluar panjang. Dia punya raungan..fuhhh ! 

Dan akhirnya dia baru bukak mulut. Hurmmmm.. Persoalannya , apakah boleh aku percaya kata katanya sebab aku tak pernah dengar pun nama yang dia sebut tu , selama ni. Hurm... Ini yang aku risaukan bila dah mula bersosial.

Tahun depan , dah darjah 1. Lagi luas pergaulannya. Kena didik betul betul dari rumah.

You May Also Like

5 comments

  1. InsyaAllah boleh dilentur..Qhaliff kan anak yang baik..aamin.

    BalasPadam
  2. inshaAllah boleh dibentuk dan diajar dari rumah. yang penting 'educate them'. saya selalu baca blog mama kembar 3 tentang cara dia ajar anak-anak dia

    BalasPadam
  3. Pengaruh kawan² tu yang kita kena lebih alert, budak² memang suka mengikut.

    BalasPadam
  4. Qhaliff anak yang baik. Suka tengok dia comellll sangat. Inn Shaa Allah akan menjadi anak yang soleh.

    BalasPadam
  5. Anak saya pun dulu masa darjah 1 ke darjah 2 dapat perkataan dan jari tu. Hangin jugaklah kita, pastu baru bawak bertenang sebab perasan yang dia tak faham pun apa bendanya. Dia mengikut je. Masalahnya dia dok tanya tanya tanya maksud perkataan 4 huruf tu. Adoiii. Cabaran mendidik anak di akhir zaman. Nak mula ajar surah Al-Kahfi dah ni...pendinding yang Rasul ajarkan.

    BalasPadam