Tourism Malaysia 'Carnival Day' 25 & 26 Oktober 2018 di Putrajaya

by - Jumaat, Oktober 26, 2018

Sempat aku luangkan masa semalam ke Kementerian Pelancongan , Seni dan Kebudayaan Malaysia yang terletak di Presint 5 , Putrajaya untuk hadiri Tourism Malaysia Carnival Day yang berlansung selama dua hari yakni 25 dan 26 Oktober 2018 saja. 

Ada banyak pihak terlibat dan mereka menawarkan pelbagai potongan harga yang menarik , hanya untuk karnival ni saja. Antara yang turut mengambil bahagian dalam karnival ni ialah Legoland ,  Sunway Lagoon , Angry Bird , Lexis , Kidzania , The Rift dan banyak lagi. 

Hari Karnival ni turut dihadiri oleh orang besar Tourism Malaysia. Ternyata pihak Tourism Malaysia sangat serius dalam menganjurkan Hari Karnival ni. InshaAllah , tahun depan lebih banyak pihak serta agensi pelancongan melibatkan diri di Hari Karnival Tourism Malaysia ini. 


Memandangkan cuti sekolah tidak lama lagi, rasanya sesuailah rebut peluang ni. Sementara murah ! Kan ? Heee.. Lexis nampaknya menarik perhatian aku. Huuhu.. Murah gak la berbanding harga asal. 







Rasanya penjawat awam dah gaji kan ? Hehehe.. Boleh la serbu ke sini. Hari terakhir ! Sila amik kesempatan ini untuk merancang percutian di musim cuti sekolah. Oh ya , selain booth pelancongan , ada juga Food Trucks dan juga Saringan Kesihatan percuma.  

You May Also Like

5 comments

  1. Wahhh,bestnyer.Ada wet world pun...ada diskaun jug ayea..Memang sesuai ni,cuti sekolah..

    BalasPadam
  2. menarik. ttba rasa nk bcuti dlm msia.. huu. Anak minta Kidzania.

    BalasPadam
  3. nak cari tiket ke lost of tambun lah...kot boleh harga murah

    BalasPadam