Hilton Garden Inn semakin gah di Malaysia !

by - Rabu, November 28, 2018



Hilton Garden Inn yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman South ni sememangnya mencipta sejarah baru perhotelan di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman ni. Bagi aku la... Kalau dulu, sebut Jalan Tuanku Abdul Rahman , yang popular adalah Bazaar Chow Kit dan jualan di musim Ramadan. Memang padat giler la ! 

Tapi bab hotel ni , aku kurang yakin adanya hotel bertaraf antarabangsa di kawasan ni. Maklumlah, orang yang datang ke sini biasanya orang-orang standard sederhana jer. Mana mungkin nak ada hotel bertaraf dunia nak buka cawangan di sini. Paling tidak pun ke arah Setapak atau Bukit Bintang ! 

Tapi setelah aku jejakkan kaki ke Hilton Garden Inn, barulah aku macam.. WOW ! Tak sangka ada hotel mewah di sini tapi harganya murah ! Kadar harga bilik bermula RM150 semalam ! Haaa.. tu paling murah la. Ok la kan ? Yelah , kawasan sesak gini... ada hotel seselesa hotel mewah tapi harga murah ! Perghh...

Terbaru , Hilton Garden Inn telah mengumumkan pembukaan hotel ketiganya di Malaysia selepas Hilton Garden Inn Puchong , diikuti dengan  Hotel Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman North. Dan terbaru,  ianya dinamakan dengan Hotel Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South , khas bagi pelancong moden yang menginginkan penginapan yang bertemakan 'Brighthearted'. 

Lokasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah sangat strategik. Merupakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengakses pelbagai tarikan pelancongan  yang tersedia di sekitar kawasan itu. Contohnya seperti Kuil Gurdwara Sahib Tatt Khalsa , tokong Taoist , Tokong Sin Sze Si Ya dan Masjid Jamek. 

Untuk ke Hotel Hilton Garden Inn yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman ni tak susah pun. Kalau gunakan pengangkutan LRT , sila turun di  Stesen Monorail Chow Kit.  Dari situ , hanya perlu jalan kaki sejauh 5 minit jer. Atau guna je pengangkutan awam yang lain seperti teksi mahupun bas jika tak nak memandu. Hee.. 

Untuk pengetahuan , Hilton Garden Inn South memiliki 267 buah bilik yang serba lengkap. Dengan menggunakan tilam Slumberland , pastinya anggota badan yang penat selepas pusing bandaraya Kuala Lumpur akan dapat rehat yang menenangkan. Kelengkapan mandian Crabtree & Evelyn di setiap bilik bagi memastikan setiap guest mendapat kesegaran bagi sebelum berehat atau memulakan hari baru. Kebanyakkan bilik menawarkan permandangan yang menarik. KLCC serta ibu kota yang moden dan juga klasik !

Jenis-jenis bilik yang ada di Hilton Garden Inn South ni. Antaranya ialah Queen Guest Room , Queen Guest Room KL Tower View , Single Guest Room , Twin Deluxe Room , Twin Deluxe Room Twin Towers View , Twin Guest Room dan Twin Guest Room KL Towers View.

Setiap bilik memang menarik perhatian aku. 















Ada sajian sepanjang hari mahupun pusat kecergasan 24/7 ! Fuhhh.... best ! Wi-Fi percuma yer. Selain tu , Pusat Perhubungan 24 jam yang bersifatkan komplimentari juga menawarkan penggunaan komputer dan perkhidmatan pencetakan bagi para pelancong yang sibuk dengan urusan perniagaan yang penting. Bilik persidangan juga disediakan  dan boleh menampung 20 tetamu pada satu satu masa.



Nah.. nak bersantai ? Meh naik RoofTop 25. Boleh layan panorama bandaraya Kuala Lumpur yang cantik ! 






Hilton Garden Inn South merupakan sebahagian daripada Hilton Honors, iaitu program kesetiaan tetamu yang memiliki anugerah antarabangsa di bawah namanya , juga merupakan program yang dirumus khas untuk 15 jenama hotel berlainan yang dimiliki oleh Hilton. Mereka perlu membuat penempahan secara terus melalui saluran Hilton yang terpilih.

Untuk keterangan lebih lanjut , boleh layari Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman South atau boleh je telefon terus ke +603 277 16888 .



You May Also Like

10 comments

  1. cantik.. nak stay situ sekali pls. huhu

    BalasPadam
  2. Bestnya tengok kolam dia.. Nak sha suka la ni.. Hihihi

    BalasPadam
  3. Bestnya pool dia ada city view mcm tu.. X prasan ada hotel ni kat situ walhal slalu lalu..

    BalasPadam
  4. wow, santek pemandangan dia. bilik pun exclusive

    BalasPadam
  5. pergh cantikla bilik hotel dia..ade simming pool..syok ni

    BalasPadam
  6. memang berbaloi stay sini, harga pun murah untuk keselesaan bercuti bersama keluarga

    BalasPadam