J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd , merealisasikan impian Kembara KBBA9 !

by - Isnin, November 05, 2018

Hampir setahun merancangnya. Bukanlah mudah tapi berjaya juga melaksanakan. Alhamdulillah. Komitmen dari pasukan dan juga pihak bertanggungjawab serta yang menaja , memberi kepercayaan sesungguhnya aku dan team #KembaraKbba9 mampu melakukannya. J-Horizons Travel (M) Sdn. Bhd yang menguruskan segala penginapan serta pengangkutan projek Kembara Osaka kali ini.

Bagi mereka yang ingin ke Jepun samada bersama pasangan mahupun keluarga atau rakan rakan secara kumpulan melalui agensi travel dengan lebih selesa , J-Horizons Travel boleh bantu korang.  Pakej boleh dibincangkan mengikut kesesuaian korang. Mereka berpengalaman lama dalam bidang ini.

Untuk projek kali ini , #KembaraKbba9 akan menerokai sendiri Osaka tetapi segala itenari disediakan mereka. Kena ikut je dan inilah yang menariknya sebab mereka tiada pengalaman menerokai sendiri Jepun ! Pihak J- Horizons Travel memberikan penerangan lengkap.


Berbulan berbincang. Mencari penginapan serta pengangkutan yang sesuai. Destinasi lain dari yang lain. Akhirnya tiba jua hari yang dinantikan ! Selangkah demi selangkah. Akhirnya, berjaya juga jejakkan kaki ke Osaka, Jepun.


 Pengembaraan bermula ! Walaupun ini kali ke 3 aku ke Jepun tapi aku rasa kali ini lebih mencabar sebab segalanya diuruskan sendiri ! Namun J-Horizons Travel berjaya menyakinkan bahawa kami mampu lakukan ! Huhuhu...


You May Also Like

6 comments