Peperiksaan Tahap 1-3 dimansuhkan, apa pendapat aku?

Ketika diumumkan di dalam berita radio, aku tersenyum. Alhamdulillah! Terbaik laaa.. Tak sia sia aku pangkah PH di PRU yang lepas. Ni antara yang aku inginkan. Perubahan dalam dasar pendidikan negara.  

Bukanlah nak kata dasar pendidikan yang lepas tu tak bagus tapi bagi aku, ianya membebankan sangat. Aku sendiri dapat menyaksikan betapa ibu bapa tertekan setiap hari utk pastikan anak anak mereka  berada di tahap terbaik terutamanya menjelang peperiksaan. Mereka bukan sasarkan sekadar utk lulus tapi inginkan segalanya 'A'. Walhal aku tengok anak tu dah cukup bagus tapi sayangnya, mereka alami masalah tekanan perasaan. 

Benar... Murid murid sekarang dah semakin stress. Bayangkan seawal tadika lagi mereka dah kena pandai membaca Bahasa Melayu, English, Matematik malah dah melibatkan juga Sains! Bab agama tu, asas dah memadai. 

Ada anak Tahun 1, dah pun dihantar ke tuisyen. Persediaan utk hadapi peperiksaan utk Tahun 6. Aku geleng kepala. Bila budak budak ni nak main? Hujung minggu, ada ibu bapa hantar mereka ke kelas tambahan seperti kelas taekwondo, muzik dan sebagainya. Bila mereka nak rasa yang mereka ni sebenarnya adalah kanak kanak yang memang lumrahnya akan banyak bermain dari belajar. 

Aku tertanya juga...apakah kita sedang menyediakan insan insan yang bijak pandai hanya utk pastikan bila besar nanti, akan dapat kerja yang bagus bagus atau utk pastikan mereka bila besar nanti sudah mampu berdikari tanpa menyusahkan orang lain walaupun tidak mempunyai segulung ijazah tapi punya skill dan kemahiran untuk meneruskan kehidupan seterusnya membantu masyarakat sekeliling dan negara amnya. 

Apa yang aku nampak sekarang ni, anak anak kita dibesarkan dalam didikan SAPA YANG TERBAIK. Tetapi ada bahagian tertinggal jauh. Budi bahasa, kesopanan... Mereka tiada. Yer, mereka belajar agama.. Tapi sekadar utk lulus ujian. Praktikal, gagal! Mereka hormati guru tapi ibu bapa malah orang tua disekeliling mereka, tidak diendahkan. 

Maka aku setuju, pendidikan yang perlu kembali utamakan sahsiah diri. Bila asas mereka kukuh, InshaAllah mereka akan cemerlang walaupun tiada 'A'. Dari situ kita, sebagai ibu bapa pastinya akan berbangga melihat anak mereka menjadi insan yang berguna pada masyarakat walaupun sekadar seorang tukang sapu sampah! 

Sejujurnya, masalah sosial melibatkan remaja sekarang sangatlah menakutkan. Walhal mereka punya pendidikan yang cemerlang. Kenapa ini boleh terjadi? 



Gambar di atas, adalah undian yang aku buat di Facebook. Alhamdulillah, ramai bersetuju. Dan aku semalam dapat jemputan sebagai panel utk program di tv yang mana isunya adalah seperti yang ditulis di entri ini. Terkilan juga tak dapat pergi sebab inilah masanya untuk aku luahkan pendapat aku yang selama ini aku cuma post di media sosial saja. 


Pengalaman aku menjadi Guru Sandaran satu tika dulu turut membuatkan aku memilih utk memansuhkan peperiksaan seperti yang dicadangkan. Harapnya kementerian dapat mengubah dasar ke arah menjadikan rakyat Malaysia lebih baik daripada sekarang. InshaAllah. 

5 ulasan:

  1. Mengacuankan anak-anak sedari kecil itu bagus tapi jangan sampai meragut zaman kanak-kanak mereka.Nanti hujungnya mereka menjadi anak yang mudah memberontak..walaupun tidak semua begitu.Sikap masyarakat juga perlu ada anjakkan..sikap suka membanding dan menuding.

    BalasPadam
  2. Saya pun tulis pasal isu ni juga di blog hari ni. Memang sangat2 bagus usaha kerajaan tu

    BalasPadam
  3. Harap lepas ni anak² lebih menguasai apa yang dipelajari.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya saya antara yang setuju dengan pemansuhan ini .. Sangat2 bagus usaha yang telah dibuat . Pada masa ni sepatutnya anak2 lbh bebas dan tidak terbeban dengan peperiksaaan yang segalanya nakkan A untuk terbaik

    BalasPadam
  5. saya pun setuju. Fokuskan dulu konsep 3M sepanjang 3 thn ni, sambil tu didik dari segi keperibadian, sahsiah dan akhlak anak2.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.