Sayangkan kereta anda ? Hantar ke Ceramic Pro sekarang!

by - Jumaat, November 16, 2018

Dulu aku pelik , kenapa ada orang  begitu sayang sangat kat kereta dia. Bila kita dah beli sendiri dan bayar setiap bulan pada bank untuk pembelian kereta kita tu, barulah aku faham. Ianya harta yang boleh diturunkan pada anak anak kita jika dijaga dengan baik sekali ! 

Kereta Nissan Livina aku dah berusia 6 tahun. Alhamdulillah , aku jaga enjin melalui servicenya berjadual. Sampai masa , aku hantar. Dan hantar ke service centre yang bertauliah dan dijamin mutu serta kualitinya. Bab harga , kena tutup mata jika inginkan yang terbaik. Sayangnya , di bahagian luar, aku tak amik kisah. Dan kesannya kelihatan sekarang. Cat menjadi kusam dan calar sana sini. Aku perlu buat sesuatu untuk kembalikan keceriaan kereta aku memandangkan anak aku, Qhaliff pun dah bersuara.. "Kenapa kereta tak cantik dah ? ". Daddy mampu berhuhu jer.. 

Maka aku bawa kereta aku tu ke Ceramic Pro yang terletak di Glenmarie , Shah Alam. 

Kenapa Ceramic Pro ? 
  • Apa itu Ceramic Pro ? 
  • Apa fungsinya ? 
  • Apakah kelebihanya ? 
  • Berapa kos ? 
  • Bagaimana nak buat booking ? 


Dan pilih pakej aku adalah GOLD untuk pastikan mampu bertahan selama 7 tahun lagi ! Teruskan membaca ! Jangan terkejut dengan harganya yer.. Baca dulu baru tau kenapa dan mengapa harga sebegitu rupa. Kata sayangkan kereta , kan ? Heee.. 


Lokasi yang strategik. Parking mudah. Tandas bersih serta ruang menunggu yang besar. Air minuman turut disediakan.


Perlu buat temujanji terlebih dahulu sebelum menghantar kereta anda. Ini kerana setiap hari memang dipenuhi dengan pelanggan yang terdiri dari pelbagai jenis kereta terutama kereta yang disayangi tuannya. Heeee... Tak kira kereta mahal atau murah , jika sayangkan kereta.. jangan tunggu berkarat baru nak amik tindakan. 

Ceramic Pro sudah mempunyai cawangan di lebih 80 buah negara dan ianya adalah produk dari USA. Secara umumnya coating ceramic yang digunakan  berteknologi nano yang berkualiti tinggi dan direka khas untuk kenderaan di darat , laut dan juga udara yang mana formulanya bersesuaian untuk cat,vinyl,polimer, glass dan banyak lagi. Boleh baca di Ceramic Pro Product untuk lebih khusus. 

Kemudian aku diterangkan secara ringkas mengenai proses proses yang akan dibuat di Ceramic Pro. Aku tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan dari kotoran dan debu hinggap di badan kereta seterusnya merosakkan coating yang akan dipasang nanti. 

Memerhati dari jauh mereka buat kerja. Teliti dan serius. Di sebelah kereta aku terdapat beberapa kereta kereta mewah yang turut mendapatkan khidmat Ceramic Pro. Fuh, dasat.. Sayangnya aku terlewat buat sebab takda ilmu mengenai penjagaan kereta. Ingatkan jaga enjin dah memadai. Bila dah teruk keadaannya, baru nak buat. Hurmm.. 

Selamat tinggal kereta ku.. Kena tinggalkan seharian iaitu dari jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Tak sabar menanti hasilnya. 




Antara produk khas berkualiti tinggi  yang digunakan 



Ok... Walaupun aku takda kat situ , aku tetap diberi penerangan langkah langkah atau prosedur pemasangan coating yang dibuat oleh Ceramic Pro terhadap kereta aku. Ada beberapa langkah terapi untuk pastikan hasil yang memuaskan. 

Langkah 1 : Car Wash & Clay Bar Process  

  • Seperti di tunjukkan pada gambar di atas , kereta perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum proses seterusnya.


Langkah 2 : Paint Correction Stage ( 3 steps polish )

Di stage ni , penekanan 3 proses polish akan menghilangkan segala calar calar yang halus atau kasar . Jika korang baru miliki kereta terutama kereta yang mahal harganya , disyorkan la bawa ke sini. Bukan apa.. faham faham la sekarang ni ada je macam macam faktor yang boleh bikin kereta kesayangan korang tu calar dek kerana batu batu halus atau ada orang yang dengkikan korang ! Haaa.. Dah calar balar , baru nak buat.. rugi la ! 







Langkah 3 : Ceramic Pro spray coating application ( exterior & interior )

Proses pemasangan Ceramic Pro Coating. Buat pengetahuan korang , coatings yang dipasang dipasang berlainan berdasarkan permukaan seperti badan kereta, rims , dashboard, seat kulit, glass dan sebagainya. Ceramic Pro 9H hanya boleh dipasang oleh mereka yang bertauliah saja. 

Ceramic Pro 9H ialah Permanent Nano-Ceramic Paint Coating yang menghasilkan kualiti High Gloss, Super Hydrophobic Effect , Chemical Resistance , UV Resistance , Thermal Resistance dan Anti Grafitti. Ini ialah kualiti Ceramic Pro yang tiada tandingannya. 

Ceramic Pro telah pun di uji secara rasmi oleh SGS (www.sgs.com). Satu badan pengistiharan yang terkenal di dunia. 

Nah... tengok sendiri perbezaannya. Cam baru keluar kilang je kan ! 







Langkah 4 : Infrared Curing process 

Setelah pemasangan coating selesai , kereta aku di letakkan di bawah infrared untuk proses seterusnya. Ini memastikan kualiti yang baik terhasil selepas pemasangan coating. Dan berkekalan untuk 5 tahun berserta jaminan. 

Setelah Ceramic Pro siap dipasang , bermakna kereta anda dilindungi oleh coating setebal 9H yang mana Ceraminc Pro adalah paint coating yang terkuat di pasaran buat masa ini. Ini adalah ceramic shield yang melindungi cat asal kereta anda. 

Selepas ni tak perlu risau dah dengan kotoran kotoran atau pasir halus yang melekat pada kereta anda. Mudah je dikeluarkan.. 



Langkah 5 :  Magnus Pro Paint Protection Film (PPF)

Bila hujan , dengan pantas air yang melekat pada cermin dan badan kereta mengalir turun ! Sebelum ni , cermin hadapan akan membuatkan aku alami kesukaran bila memandu terutama dalam hujan lebat. Dan calar calar halus turut sukar lagi kelihatan bila dipasang dengan Magnus Pro Protection Film ni. 





Untuk info lanjut mengenai MagnusPro , sila layari : www.magnuspro.com.my




Tonton video dibawah ini untuk fahami segala proses dan hasilnya...



Dengan adanya Ceramic Pro pada kereta korang tu , tak perlu lagi waxing , polish atau respray untuk beberapa tahun. Hanya perlu shampoo kereta biasa jer yang mana korang boleh buat di rumah. Jimat dah kan ? Haa.. kiranya berbaloi la melabur di Ceramic Pro , kan ? Nak jual balik kereta pun pastinya dapat harga tinggi sebab kereta dalam keadaan cemerlang gituuuu ! 

Untuk info lebih lanjut atau pertanyaan, boleh terus Ceramic Pro atau hubungi maklumat di bawah ini.

Alamat : Ceramic Pro Malaysia, 10, Jalan Pemberita U1/49, Temasya Industrial Park, Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

No telefon (+60)18-2000828 or (+60)12-2867997
Email: info@ceramicpro.com.my

You May Also Like

19 comments

  1. Ya tuhan.. menariknya.. mesti saga ku nampak dara semula bila dpt gini. Hahahahah

    BalasPadam
  2. Fuhhh memang berkilat cam baru, puashati dan berbaloi buat ni!

    BalasPadam
  3. Mak aiii..terus tergoda dengan hasilnya... Luar dalam kete dia buatkan...bagusnnya

    BalasPadam
  4. Fuyoooo... Tergoda lah.. Before after tu memang berbeza! Ada diskaun tak sebut nama Aben? 😝

    BalasPadam
  5. Wow, best yer kalau dapat buat untuk kereta sendiri ni

    BalasPadam
  6. Slalu nmpak kat fb ceramic pro ni. Nnti nak try laa..

    BalasPadam
  7. Untuk clear headlamp tu memang power. Common prob untuk kereta-kereta lama. Salah satu itam yang menyerlahkan keusangan sesebuah kereta kalau dah headlamp dah start jadi kuning.

    BalasPadam
  8. Fuhhh...cun gilex hasilnya .. tunggu keta Sal 6-7 tahun la baru hantar...sementara ni kita menabung dulu .. heheh

    BalasPadam
  9. Berkilat terus. Memang teliti dorg buat keje.

    BalasPadam
  10. wow best...! tak jauh drp rumah aku ni.. Bestnya kalau dpt buat "Unta Putih" aku.. ngeeee

    BalasPadam
  11. Berkilat meletop yoo tgk keta yg dh siap..

    BalasPadam
  12. Fuhhyoooo.. kereta nampak baru berkilat jr. Yang best senang nak cuci tu. Kalau hujan pn clear je air lalu.

    BalasPadam
  13. pergh berkilat macam baru keluar dari kilang..terus tekan website dia nak tengok harga..hehe

    BalasPadam
  14. Berkilat terus macam baru beli kereta baru.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum, nak tanya berapa Gold Package ni ye?

    BalasPadam
  16. Berapa kos kalu saga flx

    BalasPadam