Untunglah kena langgar sikit jer !

by - Khamis, November 29, 2018

Selesai Maghrib , aku gagahkan diri ke gym. Ikutkan malas dah ! Serius malas ! Aku nak duduk lepak kat rumah ngan anak anak jer. Tapi tiba tiba teringatkan aku banyak makan kebelakangan ni dan tak bersenam langsung selepas balik dari Jepun, aku tak boleh biarkan badan aku manja gini. Bahaya ! Kolestol , tekanan darah tinggi dan dan obesiti yang boleh menyebabkan diabetis. Huhuh.. Takut wooo... 

Aku bancuh air protein aku. Oh ya.. aku guna Cinch Shaklee  jer. Malas nak amik jenis kasi besar badan kaw kaw punya. Heee.. Aku nak maintain badan jer. Tak boroi, tak terlalu kurus. Lemak skit tu, biasa la. Aset masa depan. Hee..

Hidupkan enjin kereta. Perasaan berat hati tu masih ada. Tapi aku gagahi jua. InshaAllah , ok jer. Dan mulakan pemanduan. Bawa ikut kelajuan yang dihadkad. Hari malam. Nasib baik aku pakai cermin mata baru yang anti silau ! Nah , berbaloi kau. Kena lampu kereta depan pon ok lagi. Sebelum ni , kena lampu depan atau tengok lampu kereta belakang pon dah berpinar mata ! Ni gara gara tengok handphone banyak sangat laaa ! Haa , cermin mata aku tu.. aku tempah dengan harga murah ok ! Tak sampai pun RM500 berbanding sebelum sebelum ni , mencecah hampir RM3K !!! Giler kan ?  Boleh baca entri CERMIN MATA MURAH ni.

5 minit memandu. Berhenti di depan lampu isyarat. Merah tandanya berhenti. Aku pasang radio. Tiba-tiba kereta aku bergegar. Aku pandang belakang. Ada sebuah kereta baru je 'mencium' bontot kereta aku. Hurmm... 

Aku geleng kepala. Kenapa laaa kau cium kereta aku. Berhenti kot ????  Lampu hijau. Aku terus masuk ke stesen petrol. Pemandu kereta tu pandang aku. Dia teruskan perjalanan. Aikk ?? Takkan lari kot ???  Aku nampak dia masuk ke lorong kiri. Aku pusing balik dan ikut dia. 

Dia berhenti tepi. Aku berhenti depan dia. Turun kereta. Abam sado gitu ! Huhuh.. Aku keluar dari kereta. Terus ke belakang . 

" Minta maaf, bang. Kereta saya tu , brek dia problem. Tak makan. ". Bersalaman. Aku senyum jer.  Nak kata apa dah kan ?  Aku bersyukur sebab pelanggaran tu cuma skit sangat jer. Kereta pun tak la teruk. Calar ciput jer ! Yang penting , aku selamat. Bayangkan laa jika pelanggaran tu kuat. Ditambah dengan aku yang cuai tak pakai tali pinggang keselamatan lagi ! Haaaa.. Mau berdentum aku ke cermin kereta ! Lagi teruk kan ? Huhuh.. Syukur Alhamdulillah. 

" Tak pe la dik. Gi repair brek tu. Nasib baik skit je ni. Kalau tak.. kena ganti la.. Hee.. ". Kata aku.

" Maaf bang. Terima kasih ye.. Er , baru lepas workout ke, bang ? ". Tanya dia. 

" Baru nak gi haa.. ". Jawab aku.  Tepuk bahu dia dan sekali lagi aku nasihatkan dia untuk gi repair brek kereta dia tu. Jangan tunggu lama lama. 

Aku pun berlalu pergi. Malas nak pening pening kepala. Aku tau , kalau gi antar repair , pasti kena cat seluruh bahagian belakang tu dan ianya akan makan beratus gak.. Tak pe la. Ada rezeki lebih , aku gi la buat. Huhuhu.. 


Nasihat aku cuma satu jer.. Sila pakai tali pinggang keselamatan sebelum memandu kereta. Jangan takutkan polis tapi utamakan keselamatan korang tu ! Jangan menyesal di kemudian hari. 

You May Also Like

6 comments

  1. Ya, setuju. Even juju selalu bawa anak kecil dalam kereta, sebelum gerak mmg tengok dia pakai tali pinggang dulu wpun nak pi kedai dekat je...kena pakai...malang tak berbau mana tahu kan kot2 tergolek dalam longkang ke apa2 je lah...

    BalasPadam
  2. Terus pakai tali pinggang setiap kali naik kenderaan.walau ke tempat yang jaraknya dekat sekalipun..

    BalasPadam
  3. huhuhu..alhamdulillah tak kuat langgarnye..kalo tak, mesti da bertumbuk dua abang sado! hahaha

    BalasPadam
  4. Syukur lah tak besar calar..mari sentiasa bersyukur ingatkan diri dengan Dia ..laukukan sesuatu dengan amalan baca Bismillah..inshAllah..sampaikan biar satu patah..

    BalasPadam
  5. keselamatan anak-anak mmg penting, carseat + setbelt mmg sangat penting.. harap2 semua orang buka mata

    BalasPadam