Zamani tak jadi tarik diri dalam Gegar Vaganza 5 pulak ?

Ehh... dah pulak ! Pening aku. Tarik diri ke tak ni ? Kalau tak tarik diri , aku nak standby depan Youtube Ahad ni. Depan tv tak boleh sebab aku kat Jepun dah  malam tu.. Huhuhhu... Nak kena update entri pasal ni.  Maklumlah , peminat Zamani ni ramai... termasuk aku. 

Ok.. kes Zamani ni semakin menarik lak bila aku google ! Ada yang kata dia di minggu ke 5 tu , tarik diri awal awal sebelum konsert tu lagi sebab tak siha tapi pihak produksi tetap suruh naik gak. Haish.. yeke ??



Kenyataan dari bekas pengurus Zamani , Johan Aziz di Facebook.





Fuh... makin dasat drama ni eh ? Hahahaha.... Zamani nak undur diri sebab dia memang dah hilang suara dan tak mungkin sembuh dalam masa seminggu. Menurut bekas pengurusnya yang dah jaga Zamani selama 25 tahun ! Hurmm.. sian dia..  Korang boleh tengok di Youtube Mat Kepoh , selanjutnya dan ada juga artis tak puashati pasal Zamani ni. 

Bagi aku, andai benar dia dah betul betul tak sihat.. tak payah la nak suruh muncul. Tau Zamani ni tarikan magnet Gegar Vaganza 5 tapi janganlah sampai dia gadaikan kesihatan demi untuk naikkan rating. Tak comel la gini.. 



Apakah dia akan kembali ? Apa apa pun... kesihatan perlu diutamakan. Semoga cepat sembuh Bro ! Pada produksi Gegar Vaganza... Grrrr ! 

3 ulasan:

  1. Psttt siapa yang terlalu kontroversi, kita dah taulah siapa pemenangnyaaa...ermmmm

    BalasPadam
  2. Pengurus sebenar Zamani dah buat kenyataan yang dia memang tak pernah tarik diri pun, jadi Ahad ni Insyallah dia akan buat persembahan jika dah pulih sepenuhnya. Mudah²an!

    BalasPadam
  3. Semoga Zamani cepat sembuh dna buat yang terbaik ..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.