Didik anak cari duit melancong dengan menjual barangan kitar semula !

by - Selasa, Disember 25, 2018

Qhaliff dan Zahra teringin nak main salji. Katanya nak ikut daddy gi Jepun nanti. Gi Korea pun ok je. Mana mana pon ok asalkan ada salji. Nak buat SnowMan gitu... Maka , aku selaku ayah mereka.. ajak menabung untuk membeli tiket kapal terbang. Penginapan kat sana , mak diorang sponsor ! Hahahaha.. 

Sebenarnya.. ini inisiatif mak diorang gak. Rajin menyimpan barangan kitar semula termasuk minyak masak. Yer , minyak masak boleh dijual semula dan harganya tinggi woo ! Berbaloi simpan. Hahaha.. termasuk juga barangan elektronik. Berharga gituu ! 

Lokasi kitar semula berhampiran dengan aku ialah di Presint 9 , Putrajaya. Hari ni cuti umum. Buka kah ? Sebelum pergi , aku call dulu Alam Flora untuk bertanya terlebih dahulu. Kang gi ,tutup lak. Penat nak turunkan barang barang semula. Huhuh.. 

Korang boleh call Toll Free 1-800-88-7472 untuk bertanya mengenai Pusat Kitar Semula milik Alam Flora.  Buka hingga jam 5.30 petang. 



Alhamdulillah... staff di sini baik baik orangnya. Rajin dan tak banyak karenah. Tanya je apa apa soalan . mereka jawab dengan baik. Bagus gitu kan ? Heeee.. Maka aku bertanya juga mengenai baju baju terpakai. Kata mereka , baju baju yang kita bawa hendaklah bersih dan tidak rosak. Baju tersebut tidak dapat bayaran tapi mereka akan jual semula baju tu dan duit akan disumbangkan ke tabung tertentu. Begitulah yang aku difahamkan. Jika salah info , betulkan eh.


Minyak masak ni bukan untuk diguna semula yer ! 




Dalam butik 3R ni , korang boleh juga beli baju terpakai jika berkenan. Cantik cantik gak.

Ok.. untuk pengetahuan korang ada dua kategori barangan kitar semula di sini. Satu yang dibayar dan satu lagi kira korang sedekah (percuma ) jer. Hee... Maksud DIBAYAR adalah serahan yang telah dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti akan dibayar dengan wang tunai mengikut penjadualan semasa harga bayaran* sebagai habuan. Manakala PERCUMA membawa maksud serahan yang telah dibuat ke Pusat Kitar Semula Komuniti tidak dibayar dan tiada habuan, namun ada nilai kemasyarakatan disebaliknya dan disamping amalan 'bumi hijau' 

 Senarai Barangan Kitar Semula DIBAYAR
1. Surat Khabar Berwarna 
2. Surat Khabar Hitam Putih 
3. Kertas Hitam Putih Bersaiz A4 (210mm x 297mm - Rujukan:  
4. Kertas Campur (Warna-warni) 
5. Kertas Kotak/Kotak Kertas 
6. Majalah 
7. Kotak Air Minuman 
8. Tin Aluminium Dan/Atau Besi 
9. Bateri Kereta 
10. Minyak Masak Terpakai  
11. Botol Plastik Bekas Air Minuman (contohnya; botol plastik air mineral) 

Senarai Barangan Kitar Semula PERCUMA
1. Kaca 
2. Pakaian Terpakai (dirapikan semula oleh Alam Flora, dijual semula BUTIK 3R dengan maksud hasil jualan akan diberikan kepada badan kebajikan ) 


Ok la kan ? Ajar mereka dari kecil. Jangan tahu meminta jer.. kena bijak mencari juga. Selain dapat menjaga bumi kita yang semakin nazak ni. Hurmm..

You May Also Like

6 comments

  1. Wow!! tips sangat bagus..pasti boleh ..semoga berjaya adik qhalif dan adik Zahra..terbaik..

    BalasPadam
  2. Bagus cara aben didik anak. Semoga tabung tiket kapal terbang cepat penuh! Aminn

    BalasPadam
  3. sayas elalu gak pergi recycle centre P9 tu, antar barang2 recycle

    BalasPadam
  4. ok. tahu dah kat mana nak kitar semula minyak2 masak tu. selalu serba salah nak buang minyak masak yg dah guna kat dalam sinki tu.

    cat rumah
    osteoporosis
    pasang cctv

    BalasPadam
  5. Wahhh bagusnya didik anak camni. Kat rumah saya pun banyak barang kitar semula ni, nanti nak ajak anak² kumpul jugak.

    BalasPadam