Hidup lebih bahagia dengan memberi... Jom !

by - Rabu, Disember 19, 2018


Baru-baru ni , aku ada la lepak minum dengan rakan rakan berbangsa cina. Mereka adalah ahli perniagaan yang berjaya. Dalam borak borak tu, mereka ada nyatakan niat nak gunakan blogger untuk membuat awareness mengenai perniagaan mereka di media sosial. Mereka dah pun berjaya tapi ingin terus bersaing dalam dunia perniagaan melalui media sosial. Lagi pun mereka dah kenal aku. Masing masing peramah. Saja nak kasi job pada aku dan rakan rakan. Disamping dapat majukan bisnes mereka , dapat juga bantu orang lain menambah pendapatan. Bagus la gitu kan ? 

Hurmm.. Aku belajar kelebihan mengenai berbahagia dengan memberi ni ketika aku 'di bawah'. Hidup susah tanpa ada pekerjaan dan juga wang. Ketika tu , aku umpama sampah di jalanan jer. Takda yang hairan pun. Sehinggalah aku dapat merangkak semula dan mulakan perjalanan hidup yang baru. Perlahan-lahan merangkak dan akhirnya mampu berjalan. Tidak mewah tapi bahagia. Alhamdulillah. 

Hidup kita ni umpama roda..

Ada satu hari tu , di bulan Ramadan.. aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Nak naik LRT. Aku dihampiri oleh seorang insan. Dia menceritakan masalah dia pada aku. Hanya mampu tersenyum je aku. Betul atau tidak masalah dia tu, hanya Allah yang tahu. Tapi yang pastinya , pintu hati aku terbuka untuk membantu. Tak kisah la dia nak tipu aku atau tidak.. aku keluarkan sekeping duit yang mana itulah baki duit aku saja untuk minggu itu. Aku suruh dia tunggu sekejap. Aku ke kedai berhampiran. Pecahkan duit tu. Kemudian aku berikan duit baki pada dia. Aku cuma amik duit tambang jer. Dia mengucapkan terima kasih. Ada juga dia tinggalkan no telefon untuk dihubungi. Katanya nak bayar semula. Selepas dia pergi, aku buang kertas tu. 

Teringat satu kejadian pada aku , beberapa tahun lepas. Ketika tu aku di KL Sentral. Baru abis satu event yang aku kena cover. Aku ke mesin ATM dan keluarkan beberapa keping duit kertas RM100 yang mana aku nak gunakan duit tu untuk beli barang dapur dan susu anak. Tiba-tiba aku di sapa oleh seorang lelaki. Dia sedang dukung anak kecilnya.  Menceritakan masalahnya pada aku. Aku hanya mampu tarik nafas panjang. Apakah benar ceritanya ? Melihat anak kecil di dakapannya , hati aku cair. Aku faham sebab aku ada anak kecil. Jika aku di situasinya.. apakah yang aku lakukan ? Di negara kita ni , ramai orang berkemampuan... kaya raya tapi mengapa masih ada orang miskin ? Orang melarat ? Jika kita saling memberi , alangkah murahnya rezeki kita semua. Makin berlipat ganda harta kita ! 

Sambung.. aku pun keluarkan semua duit yang aku baru aku keluarkan di mesin ATM tadi. Aku serahkan pada dia. Tergamam orang tu. Katanya dia nak sedikit jer. Aku suruh gunakan duit tu untuk beli susu anak dia.  Apakah aku kena tipu ? Nehh..... aku percaya pada rezeki Allah. Dan yer , tiba-tiba ada mesej masuk di handphone aku. Mata aku terus berair. Subhanallah ! Rezeki Allah sangatlah luas dan banyak. Tak perlu risau sama sekali. 

Dan yang terakhir aku nak kongsikan dengan korang ialah kenapa Kelab Blogger Ben Ashaari diwujudkan ? Selain daripada network , aku ingin 'memberi atau berkongsi' rezeki yang aku dapat dengan rakan rakan yang ada di dalam team #KBBA9. Alhamdulillah... rezeki aku tak pernah kurang sama sekali. Ikhlas dalam memberi dan inshaAllah, kita akan menerima tanpa disedari. 

Oh.. terpanjang lak cerita.. Ok ok.. Ni aku nak kongsi dengan korang... Kempen BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Heheheee.. Sebelum tu..Aku bayar dah zakat pendapatan. Rasanya nak bayar lagi hujung tahun ni. Inshallah. Korang bayar dah ? Jangan tak bayar tau... Dan jangan risau.. kau takkan kerugian bila membayar zakat ni. Malah Allah dah janji pulangannya yang berlipat kali ganda. 

Kempen BERBAHAGIA DENGAN MEMBERI

    
Hadiah Utama ialah sebuah komputer riba bernilai RM3000 dan saguhati ialah 2 smart tag bernilai RM100. 

Syarat-syarat penyertaan 


Tempoh kempen :  Telah bermula dan berakhir 31 Disember 2018
Maklumat lanjut : Puan Norhazirah ( 012 - 629 6791 ) / En.Hatta ( 019 388 0573 ) 

Satu kempen yang sangat mudah untuk mengalakkan syarikat swasta tak kira kecil atau besar , melakukan kebaikan disamping dapat juga membantu insan insan yang memerlukan. Sedikit pemberian kita , besar buat mereka. InshaAllah.. 

Semoga Allah meluaskan rezeki yang berkat dan halal buat kita semua. InshaAllah. 


You May Also Like

16 comments

  1. Sama2 kita belajar untuk MEMBERI . Memberi dengan ikhlas . InsyaAllah pasti setiap kebaikan yang kita hulurkan mendapat pahala berganda. Aamin aamin.

    BalasPadam
  2. Aduhh tersentuh baca kisah ben. Azni setuju sgt bab kita share rezeki. Tq for being a good leader

    BalasPadam
  3. Tak rugi kita memberi, insyallah akan dibalas dengan rezeki yang lebih baik.

    BalasPadam
  4. Betul tu, tak kan berkurang rezeki dengan memberi. Alhamdulillah sekarang ni nak bayar zakat pendapatan pun dah mudah, potong gaji bulan bulan je..

    BalasPadam
  5. InsyaAllah, lebih byk kita memberi...smg lagi bertambah rezeki dan mendapat keberkatan. Aminn

    BalasPadam
  6. Tersentuh hati dan berkaca pula mata baca kisah aben. sungguh memberi inspirasi. Jom kita sama-sama bayat zakat. Setiap rezeki kita ada hak orang lain

    BalasPadam
  7. Betul tu.. Lernah lalui juga.. Meberi lepas tu kita dapat ganjaran lagi besar.. Wa ada contest..

    BalasPadam
  8. Memberi tidak pernah merugikan. Memberi buat hati tambah tenang :)

    BalasPadam
  9. kempen yg menarik.. dgn memberi, kita mampu mnolong org lain pula.. inshaa Allah

    BalasPadam
  10. memberi takkan jadi miskin...ia jadi lapang dan senang hati.. moga bertambah rezeki seluas luasnya

    BalasPadam
  11. Setuju bab sharing rezeki. Alhamdulillah sejak Nina berada dalam KBBA9, lebih memahami istilah keberkatan berkongsi rezeki. Makaseh Aben dan KBBA9

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah , terbaik , memang betul sebab peenah mengalami sendiri :')

    BalasPadam
  13. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

    BalasPadam
  14. betul...lebihkan memberi jika nak capai ketenangan dalam hidup.InsyaAllah..anyway, menarik kempen anjuran LZS..hadiah pun lumayan

    BalasPadam