Pallas Jazz , kasut sekolah pilihan Qhaliff Iman !

by - Isnin, Disember 03, 2018

Sejak dulu lagi , bila menjelma je musim persekolahan.. maka kasut sekolah adalah keutamaan. Baju sekolah , boleh pakai yang lama punya. Begitu gak seluar. Tapi kasut sekolah pastinya dah usang ! Nak tak nak , kena dapatkan yang baru. Itu aku laaa.. 

Qhaliff Iman , anak sulung aku yang bakal menjejakkan kaki ke Tahun Satu. Dia dah sibuk ajak cari barangan persekolahan. Aku suruh fokus dulu kasut sebab kasut ni ada banyak pilihan. Kena cari yang betul betul sesuai dengan dia. Kalau tak sesuai, dia akan cari pasal untuk tidak ke sekolah. Haa.. Paham dah perangai dia ni ! Kalau kasut best , dia seronok nak gi sekolah. Selesa la katakan ! 

Persoalannya.. kasut manakah ? Dan ke pasaraya terkenallah aku sekeluarga. Dekat je ngan rumah. Terus masuk dan cari kasut. Ada banyak jenis. Yang kartun.. Yang berjenama. Macam macam ada ! Aku suruh wife pilih Pallas jer. Kenapa Pallas ? Aku ada nampak kawan aku post di Facebook baru baru ni. Tertarik dengan ciri ciri terkini pada kasut tu. Sebab tu aku suruh amik yang tu jer. 

PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0181 , jenisnya ! Aku dapati boleh juga beli secara online di laman web Pallas Malaysia  . Ada 3 jenis. Aku amik yang hitam. Kenapa hitam ? Sedia maklum anak anak kita yang bersekolah akan wajib memakai kasut hitam sepenuhnya pada tahun 2021. Baik aku terus pakaikan dia tahun hadapan.. kan ?


Menariknya kasut ni bagi aku ialah designnya yang nampak selesa dan paling penting ialah ciri ciri khas iaitu aliran pengudaraannya ! Yang ni memang sangat bagus. Kita kan pernah sekolah ! Bila sarungkan kasut lama lama , akan terasa hangat di dalam kasut tu kan ? Selesa tak ? Tak punya kan ? Maka kena tanggalkan kasut. Bila tanggalkan kasut, apa jadi ? Perghhh.. satu kelas pengsan wehh ! Haa.. Maka sistem pengaliran udara di dalam kasut Pallas Jazz ni sangatlah bagus. 

Dan material untuk kasut ni sangat bagus. Gabungan mesh dan pvc menjadikan kasut sekolah Qhaliff ni lebih ringan dan tahan lasak tetapi selesa ketika memakainya , sepanjang hari di sekolah. 



Aku suruh dia sarungkan kasut ni. Suka la dia ! Tak perlu nak guna tali kasut. Nak ikat satu hal. Diorang ni kan , main banyak. Segalanya nak cepat jer. Kalau guna tali kasut, kang kelam kabut diorang. Sementara nak berakal dan bijak, kan ? Pastu di usia diorang ni , jarang nak utamakan keselamatan. Tali kasut bahaya jika terlerai. Tersangkut pada pintu bas ke ? Kawan terpijak ketika berlari ke ? Haaa.. Bahaya kan ? 

Pilih yang strap jer. Design Velcro yang menarik. Nak ketatkan kasut pun senang. Walaupun kasut tu agak besar tapi dengan adanya strap , kasut tu boleh diketatkan tanpa mudaratkan kaki anak kita. Bagus kan ? Dan perhatikan tapak kasut Pallas Jazz ! Tapak yang sangat mencengkam. Ini penting untuk elakkan anak kita dari mudah tergelincir ketika berjalan mahupun berlari. 


Cepat kering bila basah. Ni satu lagi elemen yang sangat penting. Maklumlah , diorang ni akan berhujan berpanas ketika di sekolah. Kita bukan boleh nak kawal diorang senantiasa. Pastinya akan bermain air, jika berkesempatan. Kasut akan basah. Bila basah , lambat kering maka dalaman kasut akan berbau busuk ! Fuh... bau diaaa .. boleh hilang selera makan seminggu ! Hahahaha... 

Satu lagi ketika membasuh kasut di hujung minggu. Yang rajin akan basuh walaupun kasut tu hitam. Haaa... cepatlah kering kan ? 

Test pakai. Bergaya. Ceria dan suka akan kasut baru ! 



Nahhh.. apa lagi alasan kukuh untuk aku pujuk korang beli kasut sekolah ni ? Hahahaha...Aku rasa point yang aku kasi tu dah cukup buat korang nak keluar gi cari sekarang jugak kan ? Hahaha... Dua pasang Pallas Jazz untuk Qhaliff dah memadai di awal tahun ni. Kalau tak cukup gak , kena beli lagi Pallas Jazz. Jenama lagi , belum mampu pikat aku ! 

Instagram : https://instagram.com/pallasmalaysia
Web : https://pallas.com.my/jazz-school

You May Also Like

20 comments

  1. Dulu pun time sekolah minat beli kasut jenama ini.. Hihihi

    BalasPadam
  2. wooow bestnya design cantik..yg best pengudaraan tu mmg awesome..yelah pakai seharian kalau terkuhup mmg busuk kaki woi...velcro pulak mmg mudah dan cepat..sangat awesome

    BalasPadam
  3. Tapak kasut penting woo... Kena cari yg x licin. Ade yg bli murah tp tapak licin.. Time hjn risau jer...

    BalasPadam
  4. Wahh start kasut hitam dh ye..dulu pgawas je pakai kasit hitam. Kira bangga dh sbb dpt pakai kasut hitam dulu.. hahaha.. Cantik design kasut pallas..

    BalasPadam
  5. Kasut sekolah ty juga ko ni dulu. Baru da stail. Gitu. Sneaker pun brand ni masa remaja dulu.

    BalasPadam
  6. jeama palaz memang dah terkenal dari dulu... sebab tahan lama. wah rasanya cepat masa berlalu kan. dah nk derajah 1 sama macam little boy

    BalasPadam
  7. Sama macam aku gak, dulu pakai pallas gak, senang nak cuci...
    Besar dah Qaliff..

    BalasPadam
  8. Smart boy..ajarkan yang baik2..tahniah dah beli kasut..

    BalasPadam
  9. Jenama famous dari ai zaman kecik-kecik.

    BalasPadam
  10. Socks pun kna hitam lah gini.. smart lah Pallas. Tak pernah lagi beli. Hiii

    BalasPadam
  11. Cepat kering tu pilihan ibu dan ayah sebab walaupun hitam kena basuh juga sebab berbau kan

    BalasPadam
  12. jenama diyakini.. berbaloi lah beli utk anak-anak pula. Mudah kering tu,satu kelebihan.Walau nmpak tebal..

    BalasPadam
  13. Pallas jenama kasut sekolah sejak Nina kecik. Sampai laaa ni anak-anak nina pun nina belikan Pallas. Tahan lasak!

    BalasPadam
  14. saya pun pakai kasut pallas masa zaman sekolah dulu2

    BalasPadam
  15. Saya memang beli kasut Pallas ni untuk anak², tahan lama!

    BalasPadam
  16. Pallas sentiasa di hati. Nanti nk bawa anak buah cari kasut ni jugak lah

    BalasPadam