Sekali lagi dihentam dari belakang..

by - Rabu, Disember 05, 2018

Berat hati nak keluar nak gi gym ditambah pulak dengan hujan tak berhenti dari petang tadi. Memang jadi makin malas dibuatnya. Wife lak masak makan malam sedap. Memang tak kasi gi gym sungguh ni. 

Aku dah batalkan niat tapi bila terpandang cermin, terus aku kembali nekad nak ke gym. Selesai makan malam, aku capai kunci dan keluar. Bersalaman dgn wife. Manaaa la tau kaann.. Huhu.. 

Kereta dihidupkan. Pilihan aku ialah Bezza. Minggu lepas, kena hentam dah dari belakang. Nasib baik skit je ' kecederaannya'. Nak repair pon mcm tak berbaloi. Dah tanya.. Kos nak RM1K gak. 

Hujan. Jalan licin. Aku masih berpeluang utk batalkan niat. Tapi dah janji dengan kawan. Aku teruskan juga. Tak gi kang.. Boroi balik aku!! Huhuhu.. 

Aku memandu dengan penuh hati hati memandangkan baru minggu lepas aku kemalangan yang bukan berpunca dari salah aku.  Ada aku cerita dalam entri aku minggu lepas. Carilah sendiri.. Jangan lupa klik iklan Adsense juga yer.. Heee.. Kataaa kawan. Hahahaaa.. 

Kenderaan agak banyak. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Aku teruskan pemanduan. Jarakkan kereta depan. Takut mereka break mengejut. Bahaya wooo.. 

Dan sampai di stesen Petron. Hurmmm.. Kat sinilah aku kena minggu lepas. Lampu merah. Aku berhenti. Aku pandang cermin pandang  belakang. Ternampak sebuah kereta yang aku rasa semacam jer.. Hurmm. 



Aku nampak kereta belakang aku tiba tiba melarikan keretanya ke arah belah kiri. Aku syak dah dan menanti.. 

Yer.. Berdentum.. Kereta aku mangsa pertama. Kemudian kereta depan aku dan sebuah lagi kereta. Nasib baik aku pakai seat belt. Kalau tak, aku mungkin hentam stering kereta. Alhamdulillah. 

Semua kereta terlibat masuk ke dalam stesen Petron. Pemandu kereta belakang pantas minta maaf. Katanya break tak makan!! Alasan yang sama, minggu lepas. Haihhhh... 

Aku nak kata apa lagi. Jom gi balai je laa jawapannya. 


Hurm.. Esok nak settle pasal kereta ni. Letih nak bebel pasal ni. Tak pasal pasal ramai org susah. Gara gara kecuaian...

You May Also Like

11 comments

  1. Moga segera selesai..selagi tak selesai jadi fikiran..

    BalasPadam
  2. hurmm..cik nor pun kna kat area stesyen minyak gak..cik nor hentam kereta org. org dpn brek emergency..kete cik nor hentam calar skit jer. yg truk kereta cik nor tapi pasrah la. huhu

    BalasPadam
  3. Memang kena regular cek break la sekarang, kereta julia pandu tu pun mmg kerap setahun sekali tukar break pad sbb cpt haus...tp kereta juju senang detect kalau ada bunyi sikit dah tau mmg nak dekat haus lah tu...hujung bulan ini nak hantar check up kereta...mujur ben selamat, kejadian berulang dekat2 juga tu...kdg2 dlm kita berhati2 pun benda nak jadi....kena redha juga kan...semoga dpt ganti rugi dari org berkenaan.

    BalasPadam
  4. kita dah berhati-hati..tapi orang lain pula yg cuai..kereta kalau dah pernah kena level kesayangan kita kat kereta pun ikut down sekali..huhu..

    BalasPadam
  5. emm.. itulah.Paling takut nak memandu waktu hujan.Aben,mana lah tau dorang tu ada penyakit micro sleep.Ehehehe..,macam Ina ni haa. Hujan jer,tetiba terlelap ketika pemanduan.Huuuhh. btw, alhamdulillah..aben dalam lindungan allah s.w.t selalu.Pasni kalo rasa macam tu lagi,aben kena cepat bertindak lah.Kadang ni instinct tepat! Tajam deria sixth sense aben tu

    BalasPadam
  6. kita berhati-hati kita yang kena, saya dan banyak kali terkena...
    #jmbelog

    BalasPadam
  7. ya allah.. semoga dipermudahkan ye. mesti trauma

    BalasPadam
  8. hujan + malam.. penglihatan agak terbatas. semoga kereta cepat keluar dari bengkel.

    BalasPadam