Tamat sudah pengajian Qhaliff di Tadika Arina, Putrajaya

by - Jumaat, Disember 28, 2018

Muhammad Qhaliff Iman..

Dia ni aku perasan satu jer perangai dia. Jenis menyimpan dan tak tunjuk. Ini perangai mak dia. Di jauh lubuk hati dia , sejujurnya perpisahan amatlah perit buat dia. Namun dia tak tunjuk pada orang. Semalam , adalah hari terakhir buat dia di tadikanya. 2 tahun dia di sana . Berkawan , belajar dan bermain. Dan kawan rapatnya tak ramai. 

" Qhaliff tak rindu Mikha ke ? ". Tanya aku. 

" Rindu..tapi Qhaliff rindu ramai kawan lagi.. ". Jawab dia. Aku senyum. Kemudian dia sambung bermain dengan adik dia. 

Hurm.. Dia akan cerita apa yang terbuku di dalam hati dia dengan mak dia jer. Ngan aku , dia payah nak cerita sebabnya.. aku garang katanya. Huhuh.. Pelik ! Aku garang tapi nak mintak permainan , dengan aku berbanding mak dia... jangan mimpi nak dapat ! 




2 tahun.. macam macam aku rasa. Awalnya mudah nak pergi tadika. Kemudian payah. Meraung raung tak nak pergi. Dan akhirnya mudah ! Bagi korang yang bakal melalui pengalaman ni , korang kena 'studi' anak korang tu. Jika mereka tak nak pergi tu , mesti ada sebab. Macam kes Qhaliff dulu , dia ada masalah dalam menumpukan pelajarannya di dalam kelas. Mungkin kelas terlalu advanced untuk dia. Setelah ditukarkan kelas , baru dia suka ke kelas semula. 

Cikgu garang juga antara sebab anak kita takut ke tadika termasuklah ke sekolah. Janganlah dimarahi mereka. Cari jalan penyelesaian. Takut dipaksa , mereka akan belajar memonteng kelas. Jika itu berlaku , mereka berada di zon bahaya ! Jangan biarkan ianya berlaku sama sekali.

Dan tahun depan... pengalaman baru buat dia dan juga adik dia..Zahra. Sesungguhnya ianya turut melibatkan aku. Huwaaaaa !! Sibuk aku wehhhhhh ! Kena hantar dan amik anak !

You May Also Like

3 comments

  1. Kejap dah besar anak ko Ben..
    Lepas ni dah sibuklah dengan urusan hantar pergi balik anak pagi petang..
    Tahniah Ben ..

    BalasPadam
  2. semoga qhaliff terus cemerlang dlm akademik..

    BalasPadam
  3. Moga Qhaliff terus maju jaya di alam persekolahan sebenar!

    BalasPadam