Tips kedua cara nak untung besar dalam meniaga online !

by - Khamis, Disember 20, 2018

Haaaa.. Kelmarin , aku ada la lepak dengan beberapa orang usahawan berbangsa cina ni. Dia punya cerita pasal meniaga , perghhh... memang lain la ! Cara dan teknik mereka memang gempak. Korang pun tau la camana orang cina meniaga ni. Pastu camana mereka bekerjasama.. ha , ni part penting. 

Menariknya ialah... bisnes mereka ni , pelanggan utama adalah orang Melayu ! Katanya , orang Melayu ni tak banyak peel. Mudah nak dibawa berbincang ketika menjual. Bila dah setuju , terus beli. Tak susah pun. Tu katanya la.. Aku tak tanya lak camana dengan bangsa lain tapi yang aku tau , dia punya pelanggan utama ialah orang melayu.

Network ! Itulah dia.. Bila nak meniaga ni terutama melalui media sosial . kena ada network ! Isterinya ramai kawan orang Melayu. Majoriti katanya. Dengan tu , tak susah nak menjual. Dengan keramahan serta kejujuran mereka ketika meniaga , pelanggan mereka senantiasa kembali. Yer , jujur amat penting katanya. Tak perlu nak menipu dalam meniaga. Bila kita jujur , orang suka. Bila orang suka , mereka akan promosikan bisnes kita secara percuma. Nah , sapa untung ? 

Aku setuju bab ni. Aku dah jumpa ramai kaki sembelih dalam bisnes ni terutama bangsa aku sendiri. Perghh.. dia punya nak kayaaa ! Adoiyaiii.. Produk cam taik ! Bila kita komplen, kena sound balik. Eh.. pulak ! Camana nak niaga gini ?? Tu belum part nak bertanya itu ini. Terus tak dilayan. Hurmm.. 

Zucca , koleksi pakaian Zucca yang mesra Muslimah. 

Network , kejujuran dan satu lagi.. Haa , part ni ramai terlupa atau buat buat lupa. Kalau mereka yang bukan Islam , wajib la bayar cukai tapi kita yang beragama Islam ni, kena la bayar zakat perniagaan walaupun meniaga secara online ! Kan ? Haaaa.. ni la tips ketiga ! 

Bayarlah zakat perniagaan. Kalau bisnes belum kencang , bayar dulu zakat pendapatan. Dari situ akan murah rezeki kita...Kan kan ? Haaa...  Ok, aku tau.. Ada yang kata camana nak bayar zakat walhal untung pun belum ada.. Hurm.. Tak pe.. tenangkan hati kita. 


Nak lagi mudah , terus je ke cawangan pusat zakat berhampiran. Buat yang belum bayar tu, sekarang ni ada satu kempen yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Sambil bayar tu, leh join kempen ni. 

Kempen MyZakat@8







Nak tau pasal kempen ni , boleh hubungi Afzalina di 011 2075 4557 . Haaa.. Kalau tak sertai kempen ni pon tak pe.. Bayar je la zakat perniagaan tu seperti yang dituntut. Sejujurnya tak merugikan malah menguntungkan. Kalau tak percaya , cubalah ! 

Web : https://www.zakatselangor.com.my/

You May Also Like

17 comments

  1. Setuju.. Orang melayu senang part membeli. Asal suka terus beli. Hehee.. Cantik lak nengok baju Zucca tu. Nak pi intai laaa.. HAhaa

    BalasPadam
  2. patut mcm kenal gmbr baju tu, selalu shopping situ hehehe

    BalasPadam
  3. Setuju part zakat tu,itu sebenarnya penarik rezeki.

    BalasPadam
  4. Setuju. Networking penting dalam bussiness.

    BalasPadam
  5. Dah settle semua akan rasa nikmat ketenangan .. tak caya bayarla zakat...rezeki tak salah alamat..Insya Allah

    BalasPadam
  6. nak joinla kempen anjuran LZS tu..kot ada rezeki memang hadiah yang ditawarkan..boleh sambil bayar zakat sekali

    BalasPadam
  7. menarik..kena tahu cara yg betul utk kekal dlm perniagaan..

    BalasPadam
  8. bgus kempen zakat ni..menarik ornag untuk buat zakat perniagaan..siap ada hadiah lagi..

    BalasPadam
  9. betul .. setuju sangat.Bayar zakatlah pembuka rezeki yg tsekat tu.

    BalasPadam
  10. Wahhh... Bagus ni... Boleh joi. Gak.. Hihihi

    BalasPadam
  11. Nice sharing! Nasib baik saya baca entry ni. Thank you sebab sudi share ilmu yang sangat bermanfaat ni

    BalasPadam
  12. Betul tu, tunaikan zakat dan rezeki akan lebih murah.

    BalasPadam
  13. Ramai yang lupa bab zakat ni. Lebih lagi yg peniaga online

    BalasPadam
  14. Kunci kejayaan hidup dengan mmbyr zakat

    BalasPadam