Aku memang kena 'kuarantin' setiap kali tahun baru menjelang ! - BEN ASHAARI

Aku memang kena 'kuarantin' setiap kali tahun baru menjelang !

Kawan kawan kelas ajak buat reunion. Fuh , mengeletar kepala lutut nak join. Lama tak jumpa kawan kawan sekolah dulu. Semua jantan ok ! Sekolah menengah aku dulu , memang jantan jer. Takda perempuan zaman tu. Maka tak perlu risau la cinta berputik kembali bagai haaa.. hahahaha.. 

Tapi tak boleh ! Kenapa ? Sebab bini aku punya hari lahir jatuh tepat jam 12 malam. Adeh.. kenapa la lahir pada tarikh tu haaa... hahaha.. Kan tak leh nak join sambut tahun baru ngan geng. Korang bukan tak tau perangai orang perempuan. Walaupun diorang kata.. 

" Pergi la.. Saya tak kisah pun. ". Kalau korang pergi , siap laaa ! Sampai hujung tahun depan diorang akan recycle kejadian tu ! Haaa.. Baru padan ngan muka korang. Sebaiknya , bagitau kawan kawan.. tak dapat join atau tak yah bagitau. Diam jer. Leh la join group GTB...Geng Takut Bini haa.. Hahaha.. 

Bukanlah takut bini pon tapi apa salahnya kan.. setahun sekali je hari lahir dia. Syukurlah Allah panjangkan usia dan jodoh bersama. Kang single, baru padan muka.. haa ! Kan kan ? Maka aku pun plan laaa.. Camana nak sambut hari lahir dia dengan konsep bersederhana. 

Aku roger Naib Presiden #KBBA9. Mintak bantuan dia dapatkankan kek di kedai kek terkenal di negara kita. Kek tu , memang akan laris kalau dimakan beramai ramai. Hahahaha.. Tapi kawan tu ada cadangan lain. Kek sedap tapi lebih murah. Aku tak kisah laaa.. asalkan ada kek haa ! 

Kek yang dibuat oleh anak buah Saidila Abdul Rahman. Boleh tempah kalau korang nak ! 

Plannya mudah jer. Aku lepak kat gym sehingga jam 11 malam. Pura pura la buat tak ingat yang harijadi wife aku tu. Pastu aku mesej balik lewat sebab hujan. Fuh , aku confirm dia punya membara di jiwa tu camana.. Hahahaha... 

Dan sementara tu.. aku abis gym jam 10 malam dan terus ke kedai Kak Laila. Heheheh... Lepak situ sambil tengok makanan makanan yang sedap. Amik bau jer ! Hahahaha.. 


Alhamdulillah.. Kak Laila belanja satay dan mee udangnya yang sodap ! Pastu siap kasi aku ulam ulaman yang mana aku telah selamat buat jadi jus ulam yang sangat kelat dan payau. Best ! Hahaha.. Terima kasih Kak Laila.. 

Jam 11.30 malam.. aku dan Saidila serta suaminya , terus ke rumah aku. Heheheh.. Supriseee la kononnya . Hahahaha.. Memang wife aku tunggu aku balik sambil baring atas tilam. Hahaha.. Geram katanya aku balik lewat. 

Tapi bila tengok ada kek dan makanan sodap sodap.. terus hilang marah. Heee.. Alhamdulillah. Simple je tapi sekurangnya , aku ingat walaupun dah masuk tahun ke 10 perkahwinan kitorang.. hee.. Hadiah ? Aku dah bagi siap siap. Sepasang cermin mata hitam dan dua buah beg. Haa.. ok la kan ? 

Dan tahun 2019 pun bermula dengan cabaran berbeza.. Dia tukar kementerian dan Qhaliff masuk tahun 1 . Aku kena ubah jadual hidup aku ! Huhuh.. 

3 ulasan:

  1. padanlah terasa-rasa macam nak jenguk sini...rupanya nama kena petik....ahahaha

    by the way , happy bestday zila semoga allah berkati umur yang diberi dan semoga perhubungan kalian berpanjangan hingga ke jannah

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.