Berbaloi ke Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre !

by - Jumaat, Januari 25, 2019

Lepas amik Qhaliff di sekolah tadi, terus aku pecut ke Cheras. Tinggalkan Qhaliff dan adik-adiknya kat mak aku jap. Mak aku ok jer. Lama tak jumpa 3 beradik ni. Pastu terus ke Kuala Lumpur Convention Centre dengan menaiki Grab. Tambang waktu kemuncak , dalam RM14. Nak murah lagi, naik jer LRT dan Putra Kelana Jaya. Aku guna Grab sebab tak beberapa sihat lagi. Huhu. Tapi peluang begini aku tak nak lepaskan. Tu pasal aku gi gak. 

Di sana , aku nampak macam takda orang jer terutama di kaunter pendaftaran. Tergaru garu kepala jap. Rupa-rupanya.... hehehe.. teknologi pendaftaran semakin canggih ! Nak daftar untuk masuk sekarang mudah jer rupanya. Caranya : 
  • Pastikan handphone anda ada internet
  • Kemudian buka mhe.1reg.my pastu masukkan email yang biasa korang gunakan.
  • Daftar sebagai public visitor andai korang datang sebagai pengunjung atau jika mewakili syarikat , terus isi segala permintaan di situ. 
  • Selesai isi , korang akan dapat email confirmation. Di situ akan ada diberikan QR Pass dan sila beratur untuk print pass masuk. Masuk adalah PERCUMA !
Tadaa.. Tu jer ! 



Sila tampalkan di baju anda. Heeee.. Pastu boleh masuk dan lepak hingga jam 6 petang. Pastikan bawa banyak kad perniagaan dan juga wang tunai. Huhuhuh.. Shopping makanan dalam ni pon best. Dan mereka yang tercari produk produk berstatuskan Halal , nahh.. ni la tempat dia. Dan korang boleh jalinkan perniagaan di sini sebagai contoh nak jadi agen dan sebagainya. Berbaloi !!! 

Dua jam dalam ni sebenarnya tak cukup. Syok kalau dapat temuramah setiap usahawan di dalam ni. Masing masing ada pengalaman sendiri sebelum capai ke status sekarang ni. Dan SME Corp Malaysia telah banyak mainkan peranan membantu usahawan usahawan kecil ini hingga ke tahap membanggakan. InshaAllah. 

Kemas dan tersusun. Mudah nak mencari booth booth mengikut kluster kluster. Tak bercelaru. Bagi kaki makan , pastinya MHE 2019 akan jadi syurga memborong makanan tempatan Halal ni ! 


















Dengan tema ' Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020 ' , expo ni amat bagus sebenarnya. Ianya memberi peluang kepada lebih 350 perusahaan kecil dan sederhana tempatan mengetengahkan produk mereka ke pasaran antarabangs. Ini kerana yang hadir ke expo ni bukanlah rakyat tempatan saja. Banyak wakil dari luar negara  juga tidak lepaskan peluang datang ke expo ini. 

MHE 2019 telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan , Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. Turut hadir ialah Kedutaan Jepun ke Malaysia dan  Pengarah Bahagian Pasific dan Asia Kementerian Ekonomi , Perdagangan dan Pelaburan Jepun. 

Expo akan berakhir pada 26hb Januari 2019. Masih ada masa lagi ! Cepat , cepat !! Info mengenai expo ni boleh baca di  Jom ke Malaysia Halal Expo 2019 ! Sejarah bakal tercipta !!


You May Also Like

7 comments

  1. Dah mula ye. banyaknya produk Halal yang jarang2 dijumpai rupanya. Sports ration tu tupak menarik je.

    BalasPadam
  2. Wow! macam best and so many new Halal products to explore, jap nanti lunch time I singgah.

    BalasPadam
  3. Best sangat datang Malaysia Halal Expo 2019 kat KL Convention Center ni.. Macam2 ada.. Dari pagi sampai petang pusing2 dlm ni..

    BalasPadam
  4. Banyaknya makanan. bagus expo macam ni. Senang nak cari makanan halal bila pegi Jepun nanti.

    BalasPadam
  5. Teruja nak pegi sebab nak memborong jugak ni..dengar macam² ada

    BalasPadam
  6. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    BalasPadam
  7. Memang puas hati betul masuk sini!

    BalasPadam