Giliran Zahra Nur Iman pula ke tadika..

Giliran anak dara aku gantikan abang dia ke tadika. Hari pertama lagi dah eksaited sangat nak ke sekolah walaupun dia ada pilihan untuk ponteng. Hahahaa.  Bersungguh nak gi gak. Aku pulak yang risau. Hahaha.. Nak tinggalkan daddy la tu. Boring duduk rumah. Kiranya menjadi la strategi aku boringkan diorang di rumah. Hahahaa..

Alhamdulillah.. 5 tahun aku jaga dia. Sekali je kecederaan di dahinya. Meninggalkan parut. Tak pe la. Tak perlu nak jadi instafamous nanti. Hahahaha...  






Tak susah nak kejut di pagi hari. Aku dukung sorang sorang naik tingkat atas.. Mandi ! Termasuk Aariz gak nak ikut gi mandi. Huhuh... 




Ceria. Dua hari ni , bila aku jemput.. dia kata best sekolah ! Alhamdulillah. Kena cari kelas ngaji lak. Plannya... Al Baghdadi ! Apa pendapatan korang ?


4 ulasan:

  1. Sekejap je rase diaorang dh membesar. Dah sekolah tadika dah kan.

    BalasPadam
  2. Yes Al Baghdadi pilihan tepat. btw comelnye zahra nur iman :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.