Termenung seketika aku !

by - Selasa, Januari 15, 2019


" Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata, ibu pengasuh kanak-kanak itu, Che Jah Yaacob, 54 tahun, cuba mengalih kedudukan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang berada di luar ke dalam garaj di hadapan rumahnya.

Katanya, ketika mengundurkan kenderaan itu, ibu pengasuhnya tidak menyedari kanak-kanak itu berjalan keluar dan berada di luar rumah.

Ketika kejadian, pengasuh yang berusia 20 tahun itu berada di dalam rumah dan juga tidak menyedari kanak-kanak itu keluar.

Mohd Taufik berkata, selepas perlanggaran itu, pengasuh itu bergegas dan melihat Aamina Inayah terbaring dan menangis. " - Astro  Awani 

Termenung ! Kecuaian sememangnya akan berlaku pada sesiapa saja. Tak kira la sapa jaga sekali pun. Ianya boleh berlaku sekelip mata jer ! Aku tak nak ulas pasal kemalangan tu. Cuma nak kita , sama sama ingat.. anak kecil kita sedang menjelajah dunia dia. Kita kena alert , kena waspada 200%. Di tangannya , sekitarnya . Jika nak keluar rumah , pastikan si kecil di letakkan di tempat yang selamat. 

Contoh..


Sama sama kita tingkatkan keselamatan untuk mereka. Aku tak jual tau.. Ni aku google jer. Jumpa sebagai contoh.

You May Also Like

6 comments

  1. Ataupun, pintunya takde grill ke?
    Aku dulu masa duk rumah sewa takde grill, tapi bila nak buang sampai keluar, tutup pintu tu, anak menangis-nangis lantakkanlah, dari menangis kemudian hari ..
    Memang kecuaian !!!

    BalasPadam
  2. betul. kita as parents atau pengasuh atau penjaga kena perhati je anak kecil kita 24 jam, tak boleh alpa walaupun seketika.. huhu.. Innalillah. Takziah pada keluarga mangsa

    BalasPadam
  3. setuju part alik kenderaan nie mmg paling banyak kes berlaku kemalangan dekat rumah..sedihnya

    BalasPadam