16 jam memandu tu , biasa jer bagi aku ! - BEN ASHAARI

16 jam memandu tu , biasa jer bagi aku !

Ketika Qhaliff belum bersekolah , aku memang akan elak ke Kelantan pada cuti sekolah. Wife akan ajak balik ketika 'orang bekerja' . Amik cuti beberapa hari dan bersantai di kampung. Tapi tahun ni dah mula berbeza. Qhaliff dah masuk Tahun 1. Bila wife ajak balik Kelantan, aku terkulat kulat. Jammed wehhh ! Kena pulak cuti sekolah sekali dengan cuti umum yang bergabung dengan hujung minggu. Fuhhhh.... dah boleh bayang apa yang akan berlaku ! 

Tapi aku ikut je la. Dia pun ada orang tua, kan ? Takkan nak nafikan hak dia. Orang tua aku di KL je. Selalu je boleh gi tengok. Dia , nak dapat sebulan sekali pun susah. Bukan sebab aku tak nak tapi dia yang susah nak cuti atas sebab kerja yang banyak dan 'urgent'. 

Hari terakhir di Kelantan... sebelum bertolak, aku akan tengok Waze dulu. Laluan diberikan , LPT di Terengganu. Tak ikut Gua Musang. Aku pun tak nak lalu situ. Tau memang akan jammed terus punya. Ditambah lagi dengan 'esoknya' nak mula kerja. 

Laluan ke Terengganu , memang cantik. Clear jer... sehingga nak masuk ke Bentong , di sinilah mulanya kesesakkan. Apakah ada kemalangan ?? 




Bertolak jam 1.30 tengahari , jangka aku akan tiba ke KL dalam jam 9 malam. Tapi itu cumalah impian. Setelah melihat Waze , segalahnya berubah. ETA berubah setiap 5 minit. Akhirnya aku buat keputusan untuk berenti berehat di  setiap RNR yang ada. Muka dah berminyak. 

Terlupa nak simpan pencuci muka Tea Tree Oil Cosmoderm dalam kereta. Memang gatal abis muka. Di batang hidung dah naik seketul jerawat batu. Aduhh... nyesalnya !! Muka aku memang sensitif. Kalau berminyak dan lambat cuci muka, siap la. Mula mula akan gatal pastu naik terus jerawat. 

Di RNR Lanchang. aku nekad nak redah je jammed. Kalau tidak , mau hari cerah baru sampai rumah. Ni pun ETA jam 530 pagi !!! Aku dah memandu lebih 12 jam. Sian anak anak merengkok kat belakang. Wife dok pegang si kecil lagi. Adehhh... Sian aih... 

Tapi sepanjang perjalanan tu , hanya ada satu je kemalangan tapi kat area tu tak de la sesak pun. Lancar je ! Aku sangkakan akan sesak situ tapi tak. Dah tu apa sebabnya jammed ????? Haishhh... Dan bila tiba di kawasan mula sesak yakni sebelum tol Bentong tu , baru aku tau. Kereta banyak dan ramai yang berhenti di bahu jalan untuk berehat ! Bukan sedikit jumlahnya.. Lorr !

Dan kereta bergerak perlahan lahan. Hurmmm... Takda sesak mana pun cuma macam aku kata la... kereta banyak dan sikap pemandu yang suka mencelah tu menambahkan lagi sesak.



Pasang Spotify .. lagu rock jiwang dan Indo yang best.. menyanyi hilangkan ngantuk. Yang lain dah lama lena. Huhuhu... Dan akhirnya tiba di rumah dengan selamatnya.

Legaaanyaa. Badan naik lesu dah. Terus mandi pastu sapu dengan Deep Heat Lotion. Nasib baik wife beli banyak ari tu. Kelmarin bawak balik Kelantan, dah kasi kat mak mertua. Dia memang suka guna sebelum tidur. 



Sampai rumah. Terus mandi dengan guna Shower Gel Cosmderm. Terasa segar dan bersih sangat. Cuci muka.. sapu Deep Heat Lotion kat betis , bahu dan pinggang. Memang bagus utk hilangkan lenguh lenguh badan. Tunggu subuh... Selepas tu... tak ingat dah apa yang aku buat kali terakhir ! Hahahahahaa... 

Alhamdulillah..

Dapatkan produk Cosmoderm dengan harga promosi sempena Tahun Baru Cina , sekarang dengan belian secara online di www.cosmoderm.com.my

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah selamat pergi dan balik.Syukur.

    BalasPadam
  2. teringat zaman kerja kat border padang besar perlis thai dulu... ulang alik 2jam penang perlis....haha rindu nak berninja atas highway time muda2 dulu...

    BalasPadam
  3. pperrgh. memnag jem cuti panjang macam tu sebab tu saya tak kemana-mana, takut nak redah jem

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.