Anda seorang usahawan dan berminat nak luaskan lagi bisnes anda ? Jom sertai BIOUSAHAWAN 2019

by - Isnin, Februari 11, 2019

Antara cara terbaik  untuk perkenalkan produk berkualiti anda dengan lebih meluas ialah dengan  sertai acara-acara bertaraf antarabangsa seperti BioUsahawan 2019 ni nanti. Haaaa , apakah kelebihan anda sertai BioUsahawan 2019 ni ? Soalan yang pastinya akan ditanya.. kan kan ? 


Latar Belakang BioUsahawan

Ok.. sedikit latar belakang mengenai BioUsahawan 2019. Mula mula , apa itu BioUsahawan ? ‘Bio’ bermaksud ‘kehidupan’, Haaa , paham tak ? Kehidupan ! Dan apabila digabungkan dengan Usahawan maka jadilah ‘BioUsahawan’ yang mana usahawan-usahawan dari pelbagai jenis bidang (termasuk industri agro, bio dan selainnya ) yang mencorakkan dan mewarnakan kehidupan orang ramai melalui produk atau perkhidmatan mereka. 

Ada paham ???? Haa... good ! Kalau tak paham gak, tu bukan masalah aku. Boleh ulang baca berkali kali. 



Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Bioeconomy Corp. BioUsahawan 2019 akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .  

Peserta / Pempamer  Yang Berkelayakan

Siapa yang patut sertai acara BioUsahawan ni ? Haaaa... meh abam kasi tau ! Rugi tak amik tau , tau! Korang pun leh kasi tau kawan kawan korang andai mereka tergolong yang akan disebutkan. Dalam dan luar negara boleh sertai ! Haaaa.... 

Adalah digalakkan sama sekali untuk sertai BioUsahawan ini andai anda ialah : 
  • Usahawan persendirian  
  • Syarikat permulaan (startups) 
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS)  
  • Syarikat perniagaan berdaftar  
  • Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM) 
  • Koperasi 
  • Agensi kerajaan  
  • Penyelidik ( R&D )
  • Pelabur
BioUsahawan 2019 bertujuan untuk menggalakkan penjualan produk dan perkhidmatan dalam industri agro, bio dan selainnya Selain daripada itu, sasaran acara ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan tempatan, startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di dalam dan luar negara  serta meningkatkan kepercayaan dan kesedaran tentang produk-produk tempatan yang selamat, berkesan dan berpatutan.

Dalam pada masa yang sama BioUsahawan akan menghubungkan usahawan dan pemain industri tempatan dengan orang awam serta akan menyebarkan maklumat mengenai teknologi dan keselamatan makanan.


Manfaat jika sertai BioUsahawan 2019

BioUsahawan 2019 merupakan acara yang merangkumi pameran , demonstrasi produk oleh usahawan tempatan dan luar negara , sesi padanan perniagaan (business matching) , sesi “pitching” perniagaan (business pitching - BioPitch) , perkongsian ilmu oleh selebriti, pakar industri dan tokoh masyarakat (pocket talk/panel session/forum) serta perkongsian pengalaman melalui #BIOCHAT bersama eFM.

Manfaat jika sertai BioUsahawan 2019 ni nanti ? Fuhh.... Banyak ! Antaranya ialah peluang untuk mendapatkan pembiayaan dan sokongan dari pelbagai pihak, termasuk bantuan dari Kerajaan, institusi kewangan, agensi dan pemain industri bagi mengembangkan perniagaan usahawan. Mereka juga berpeluang untuk meluaskan jenis/basis pelanggan (customer base) serta menyerlahkan  lagi penjenamaan (branding) dan profil/visibiliti produk/syarikat melalui bual bicara secara siaran langsung dengan eFM/#BIOCHAT dan demonstrasi produk.

Selain itu peserta turut berpeluang untuk mendapatkan petua, nasihat dan hack yang hebat oleh pakar industri, tokoh masyarakat dan selebriti bagi mengembangkan dan mengekalkan perniagaan malah berpeluang untuk menjalinkan kerjasama (partnership) strategik untuk memperkasakan perniagaan/bidang keusahawanan serta mengukuhkan kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan perniagaan/bidang keusahawanan 

Segmen atau Kluster 

Terdapat 3 segmen utama diwujudkan ketika BioUsahawan 2019 nanti iaitu (termasuk tetapi tidak terhad kepada bidang/jenis perniagaan berikut) : 

1. Bio-Based (Zon Oren)
  •  Syarikat, produk dan perkhidmatan BioNexus 
  • Kesihatan dan penjagaan diri 
  • Kosmetik 
  • Bioteknologi 
  • Produk dan perkhidmatan biodegradasi (biodegradable) 
  • Produk dan perkhidmatan kelestarian (sustainability) 
2. Agro-Based (Zon Hijau) 
  • Teknologi agro (agrotech) 
  • Hortikultur 
  • Akuakultur 
  • Pertanian dan penternakan 
  • Pertanian bandar (urban farming)
  • Keselamatan dan teknologi makanan 
 3. Entrepreneurship (Zon Kelabu) 
  • Halal
  • Makanan dan minuman (agroculinary) 
  • Pembiayaan (bank dan institusi kewangan) 
  • Perdagangan (trading) 
  • Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM) 
  • Business pitching 

Maklumat Lanjut


Bagi yang berminat untuk mengetahui tentang acara BioUsahawan 2019 dengan lebih lanjut, sila hubungi atau terus ke : 

Web : http://www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019/ 
Facebook : www.facebook.com/BioeconomyCorporation)
Twitter : twitter.com/bioeconomycorp 
Instagram : www.instagram.com/biousahawan/ 
Untuk pertanyaan tentang pameran, sila hubungi: biousahawan@bioeconomycorporation.my 
Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179 Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384 
Untuk penajaan, sila hubungi: syahirah.adnan@bioeconomycorporation.my 
Cik Syahirah: +603 2116 6499

Klik di sini untuk RISALAH dan PELAN SUSUN ATUR DEWAN \


Hadiah buat anda ! 

Haa.. paham dah kan ? Berminat kan ? Sila daftar cepat yer. Dan ada hadiah menanti mereka yang dah mendaftar tauuu. Peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada Hotel ibis, rakan hotel rasmi bagi BioUsahawan 2019! Untuk menyertai peraduan ini, sila: 

  1. Daftar dan buat buat bayaran sebagai pempamer di BioUsahawan 2019 dengan mengisikan butiran di RISALAH dan emel kepada biousahawan@bioeconomycorporation.my.
  2. Jawab soalan selidik ini. Klik SINI
  3. Pemenang akan diumumkan oleh Bioeconomy Corp sebelum 15 Mac 2019. Hadiah-hadiah boleh dituntut di acara BioUsahawan 2019 pada 15 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  

Hadiah Utama:  
1x Baucar Penginapan Percuma di Bilik Standard untuk 2 Hari 1 Malam di Hotel ibis KLCC untuk 2 orang, termasuk Sarapan Pagi (bernilai RM248++) 



Hadiah Kedua
1x Baucar Bufet Hi-Tea pada Hujung Minggu untuk 1 orang di Kampung Kitchen, ibis KLCC (bernilai RM68nett) 


Ok... paham dah eh? Ada manfaat bila join BioUsahawan 2019. Tu paling utama. Manfaatkan segala peluang yang ada ! Diulangi , jika tak paham... boleh terus bertanya pada pihak penganjur di ruangan Maklumat Lanjut tu yer.. Jangan malu malu ! 

You May Also Like

5 comments