Beriadah di Taman Saujana Hijau , Putrajaya

by - Isnin, Februari 11, 2019

Terletak di Presint 11 , taman yang nampak biasa dari jalan luar rupanya cukup luar biasa !  Aku lalu jalan ni setiap hujung minggu untuk ke kelas renang anak aku di Komplek Kejiranan Presint 11. Aku nampak ada tulisan taman tapi tak sangka sama sekali ianya cukup.. wow !

Ketika tiba di sini, dari jauh nampak macam berada di kawasan tanah tinggi gitu. Hahaha.. Terimbau seketika berada di New Zealand. Ala ala gitu la rupa cuma pokok kat sana lagi besar la. Hahaha.. Dan baunya pun lain. Best baunya. Redwood gitu. Ada duit , gi la sana ! Hahaha.. Tak da duit , meh sini jer..

Aku sekeluarga ke sini pun sebenarnya atas ajakan bekas guru tadika Qhaliff, Ticer Ummi. Dia terpaksa pulang ke Sarawak untuk sambung belajar. Seminggu ni dia datang ke Putrajaya untuk bercuti. Alang alang tu , amik peluang jumpa anak anak murid kesayangan dia.  Kalau tak , aku memang tak jejak pun kaki ke Taman Saujana Hijau ni. Malah tak tau adanya taman yang cantik ni ha.










Tak sempat nak abis pusing tempat ni sebab Aariz tak sihat. Kata mereka tempat ni selalu jadi lokasi buat pre wedding malah ramai selebriti dah pun buat ! Hurmm... Terpaksa bukak Facebook.. Usha Page Perbadanan Putrajaya jap... Dan hasilnya.. Adeh.. memang kena repeat la jawabnya ! 

Serius... cantik tempat ni ! Kalau nak datang jogging dan riadah , berbaloi. Hiking ? Santai santai ok la...






You May Also Like

0 comments