Hala tuju Qhaliff di SK KLIA , Sepang.

by - Jumaat, Februari 15, 2019

Dulu... aku tak tau ! Orang tua aku pun takda pernah la cerita bab bab gini dan aku pun tak pernah galakkan diorang aktif di sekolah rendah mahupun menengah aku dulu. Kesian tengok diorang dah sibuk dengan tugasan masing masing. Mencari rezeki gitu. 

Bila Qhaliff dah masuk tahun 1 ni , aku pun pada awalnya malas nak 'masuk campur' aktiviti di sekolahnya. Ramai dah parents yang bagus bagus di sekolahnya tu. Aku menyokong dari belakang je. Nak mintak apa apa bayaran , aku bagi jer tanpa persoalkan walapun teringin nak persoal. Hahaha.. Dulu la... Tapi selepas aku duduk semeja dengan Yang Dipertua PIBG sekolah Qhaliff , barulah aku faham

" Sekolah kekurangan dana. PIBG kena bantu pihak sekolah dalam apa jua aktiviti melibatkan murid murid. ". Itulah kesimpulannya. Dan aku pun hurm... Apa yer yang boleh aku bantu berdasarkan pengalaman dan network yang aku ada ?? Hurm... 

Bila melihat pada pencapaian sekolahnya terutama dalam bidang sukan atau aktiviti luarnya , boleh tahan bagus sekolah Qhaliff ni. Kiranya bertuah la dia di sini. Oh ya... sekolah dia bukanlah sekolah orang kaya. Aku sendiri pun bukan orang kaya. Kalau kaya, aku antar dah sekolah agama swasta. Tak mampu aku aih ! 

Ok.. sambung. Bila tengok pada pencapaian di sekolahnya yang masih muda tu , aku rasa sekolah ni mampu melahirkan jaguh jaguh dalam bidang sukan terutamanya dan juga berkemahiran tinggi. Cuma kena dana lebih skit la.. hurm. Mana nak dapat eh ? Kerajaan ? Huhuhu.. Mampu berhuhu je la aku.. 




Dan minggu depan , sekolah Qhaliff akan mengadakan sukan sekolah. Semua sekolah wajib buat sukan sekolah. PIBG sibuk mencari penaja penaja bagi memastikan sukan sekolah kali ni terbaik dan berjalan dengan lancar. Nasib baik AJK PIBG sekolah Qhaliff ni bagus. Rajin woo.. Aku ? Aku tengok dari jauh dah la... Huhuh.. Tak mampu serajin diorang. Hahahaha.. 

Bila tengok sekolah Qhaliff ni aktif terutamanya dalam bidang sukan , rasanya aku kena siapkan Qhaliff gak. Apa sukan dia leh masuk eh ??? Hahaha... Dengan gaya Qhaliff ni , aku tak nampak sukan utama dia mampu pergi seperti bapak dia dulu.. huhu. Tapi tak pe.. aku cuba satu satu. Dan dia sangat berminat cuma kena asah betul betul.. 


Bab akademik.. aku serah pada mak dia. Mak dia lebih cemerlang berbanding aku. Hahahaa.. Aku cemerlang bab sukan di masa sekolah dulu. Akademik , memang ke laut tapi bukanlah aku tergolong dalam budak budak gagal cuma impian aku ketika tu nak menyarung jersi negara.. Hahahha.. terbantut dek kerana orang tua aku takda kabel. Hahahaha.. Malaysia. Paham paham je la. 

You May Also Like

7 comments

  1. skolah anak saya, sukan utk murid2 tahap 1 (darjah 1,2,3) cuma lumba lari dgn sukaneka je. abg2 kakak2 darjah 4 hingga 6 baru le expose dgn sukan2 lain. PIBG meeting bln 3 nanti insyaallah nak pegi lah.nak fight issue kantin skolah jual air milo ngan nasik ayam mahal sangat kihkihkih

    BalasPadam
  2. Bagusnya kalau anak2 ada pilihan atau terpilih dalam acara sukan sekolah. Sekolah kat sini, mostly anak cikgu je yang terpilih acara sukan. Murid lain masuk jelah sukaneka...huhu

    BalasPadam
  3. Best of luck qhaliff. Mana tau impian aben nak sarung jersi negara tercapai melalui anak pulak nanti..sebab skrg bapa dia kan banyak kabel #eh 🤭

    BalasPadam
  4. Wow...Banyak jgk ya pencapaian sukan di sekolah Qhaliff..Eirna doakan Qhaliff berjaya dlm sukan yg dia suka...Insha allah..

    BalasPadam
  5. Sekarang ni la masanya nak tengok dia cenderung arah mane kan...

    BalasPadam
  6. Bgusla bapak fokus suka, mak akademik.. Hehee..bgus sekolah qhaliff

    BalasPadam
  7. Penting untuk ibu bapa sematkan kesedaran untuk aktif di sekolah dalam diri anak-anak. Dalam kelas dan luar kelas. Anak2 zaman sekarang lain manjanya hahaha. Teringat anak sendiri yang suka untuk pilih taknak susah-susah. Bukan apa..anak-anak belajar berdikari bukan untuk kita tapi untuk dia. InsyaAllah Qhaliff berada di tempat yang baik untuk akademik dan sahsiahnya. Hubungan baik parents dan sekolah moga berkekalan. Aaminnnnnn

    BalasPadam