Jangan biarkan 'ianya' kembali atau kita akan menyesal !

by - Sabtu, Februari 02, 2019

Berita mengenai Bangkok berjerebu , mengerunkan aku ! Bukan calang calang jerebu yang melanda di sana. Hingga ada yang batuk berdarah dan sebagainya. Kita jangan pandang remeh akan masalah ini kerana negara kita juga pernah menghadapinya. Sememangnya menakutkan dan mengerunkan ! Hilang keindahan dunia ! 
Aku tak tau apa yang menyebabkan jerebu yang melanda di Bangkok tu tapi jangan lupa , di negara kita sekarang ni pun , panas semacam jer dah. Mau berpeluh gak la walaupun dalam aircond. Tu aku laa.. korang , aku tak tau laa.. 


Apa yang kita perlu buat ? Hurmm.. Kita tau , setiap hari terutama di bandaraya Kuala Lumpur dan sekitarnya , jika hari kerja memang akan sesak giler laa ! Di tambah dengan pembinaan lagi. Maka pastinya ruang udara kita penuh dengan pelbagai karbon dioksida.. kan kan ?

Syor aku la... Ari tu aku bergerak ke beberapa lokasi dengan menggunakan keretapi ( LRT, Monorel, MRT dan Komuter ). Ternyata banyak perbezaan berbanding beberapa tahun dulu. Makin kerap dan selesa. Ditambah sekarang ni ada dah pas bulanan yang murah serta boleh guna Touch N' Go. Pantas wehhh. Tak perlu nak beratur panjang. Kalau setakat nak pergi balik kerja tu, rasanya boleh dah atur perjalanan dengan baik. Guna je pengangkutan awam. 


Mungkin ada yang gelak dengan cadangan aku. Yelah.. gelak je la. Cuma nak pesan satu je la. Nak ke pergi kerja satu hari nanti dengan guna topeng ? Ketika tu.... nak tengok awan dan langit pon tak boleh dah ! Kena gi melancong negara orang , untuk tengok awan ! 


Teringat 2015 , aku gi Osaka dan ternyata gembira sangat dapat tengok awan yang membiru manakala di Kuala Lumpur, berjerebu malah siap guna topeng ! Kita dah terlupa kan ? Heeee... Pilihan di tangan kita. 




You May Also Like

1 comments

  1. masalah kan bila start jerebu... sebab kita bernafas klo udara tercemar mmg mcm2 penyakit dok mai dekat...
    jemput mai blog kami na
    http://sihijo.blogspot.com

    BalasPadam