Sukan Sekolah SK KLIA 2019 berlangsung dengan jayanya !

by - Isnin, Februari 25, 2019

Tahniah buat Guru Besar , guru guru SK KLIA dan juga murid murid mereka atas komitmen serta semangat menjayakan sukan sekolah kali ni. Bukan mudah nak buat dengan cuaca panas terik seperti semalam. Tapi lebih baik dari hujan kan? Syukur pada Allah. Tak lupa buat ibu bapa terutamanya PIBG yg bertungkus lumus mencari dana dan tajaan untuk membantu pihak sekolah.

Persediaan selama dua minggu menghasilkan keputusan yang cukup membanggakan. Diakui masih ada kelemahan yang perlu dibaiki pada masa akan datang.  Sokongan dari Majlis Perbandaran Sepang , Jabatan Pengangkutan Jalan , Jabatan Kesihatan , Bomba amat dihargai. Ibu bapa murid pun turut memberi sokongan dari sudut bantuan tenaga kerja. Andai kata jika lebih ramai ibu bapa turut serta rasanya mampu lebih gemilang lagi. InshaAllah. Kena 'kerja keras' untuk sedarkan ibu bapa yang masih rasa tenaga guru dan PIBG dah mencukupi.. Heee...Bukan salah mereka cuma mereka tak tau... cam aku la ! Hee.. Kena buat kempen kesedaran lagi kerap.

Ok... jom tengok suasana sukan sekolah kali ni... Oh ya... jutaan terima kasih buat penaja penaja samada dari bentuk kewangan dan juga barangan.





















Terdapat juga gerai-gerai jualan yang dibuka oleh ibu bapa dan juga penduduk setempat.






Sokongan dari belakang..




Dan sokongan media sosial dari team KBBA9. Sekadar bantuan khidmat masyarakat sementara ada aura. Hee.. kan kan ?


Jika pihak pihak yang 'berduit' di negara kita ni menghulurkan bantuan sokongan , rasanya sekolah sekolah di negara kita ni akan lahirkan pelajar pelajar yang cemerlang dari sudut akedemik dan juga sukan. Sememangnya kewangan amat penting dalam menjayakan satu satu aktiviti. Bukan banyak pun. Mau kena amik tau jer. Ambil satu dua sekolah dan jadikan program anak angkat. Jangan pilih sekolah yang dah berjaya. Cari yang wajar dibantu dan gemilangkan sekolah tersebut. InshaAllah.

Sekali lagi.. tahniah buat Sekolah Kebangsaan SK KLIA , Sepang.



You May Also Like

2 comments

  1. Terima kasih pada En. Ben atas sokongan dan bantuan yang diberikan.

    Jazakallahikhairan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Tahniah pada semua yang telah menjayakan. Semoga dapat melahirkan anak2 yang cemerlang dunia akhirat

    BalasPadam