Apa la yang kau takut sangat dengan ISLAM ?

by - Ahad, Mac 17, 2019

Tersenyum jer aku membacanya komen komen serta posting poting di media sosial oleh mereka yang tidak arif mengenai Islam. Pelik tapi inilah realiti sebenarnya yang berlaku dalam negara kita. Bila tertera ISLAM dan juga gambar lelaki berserban mahupun berketayap , mesti dada mereka dup dap , dup dap ! Kenapa ? Sebab mereka mempunyai satu perasaan takut pada Islam dan Mulim . Ianya dikenali sebagai ISLAMFOBIA ! 



Aku tak salahkan mereka pun. Ini kerana mereka benar benar terpengaruh dengan media barat yang sering memaparkan betapa Islam ini ganas sifatnya. Dek kerana malas nak google atau membuat risikan sendiri maka mereka tengelam dengan kejahilan mereka sendiri. Apa nak buat , kan ?

Ditambah lagi dengan isu terbaru di New Zealand , menguatkan lagi bahawa Islamlah punca segalanya. Ketaksuban pada agama , membuatkan umat Islam kelihatan seperti BERKORBAN APA SAJA DEMI AGAMA ! Adeh... Nak kata apa dah kan ? Memang dah gitu kejahilan mereka. Hanya Allah saja boleh beri hidayah pada mereka. 



Berapa ramai orang bukan Islam di Malaysia ditembak mati oleh orang Islam eh ? Mereka sering bandingkan dengan keganasan di luar negara seperti pengganas ISIS. Adehhh.. kurangnya kajian dan terlalu percaya pada media barat membuatkan mereka terus percaya begitu saja. Peliknya , bila ada artikal yang diterbitkan oleh media barat , kena batang hidung mereka.. mereka tak nak percaya lak ! Huhuhu.. 


Buat rakan rakan yang bukan Islam , jangan tengok penganutnya.. tengoklah agama itu sendiri. Jika nak tengok penganutnya, tengok juga camana penganut agama yang lain. Dalam erti kata lain , dalami dan pelajari mengenainya dan kamu akan dapat jawapannya. Cari guru yang sesuai. Bukan dengan membaca akhbar harian yang infonya sendiri kucar kacir ! 


You May Also Like

1 comments