Benarkah rakyat Malaysia pemalas ? Bukan melayu saja tau !

by - Selasa, Mac 12, 2019

Baru baru ni viral....


Tepuk dahi melihatnya ! Tapi bila kita di situ , apa tindakan kita ? Ahhh... pedulik apa ! Nanti ada la pekerja bersihkan , kan ? Gitulah pemikiran kita. Dan akhirnya , bertimbun dan tiada pekerja pon nak bersihkan. Sebab itu dikatakan sungai kita, kita kena jaga ! Takda orang lain nak jagakan. Dan kena la tahu , sungai tercemar , kita gak parah ! Kenapa ? Sungai inilah yang membekalkan air harian buat kita. Jika sungai tercemar , air perlu di rawat. Bila di rawat , kos bukanlah murah. Jika cemarannya teruk , hurmm.... parahlah kita ! 

Adakah kita malas nak menjaga kebersihan terutama di sekitar kita sendiri ? Rumah tu , jangan cerita la. Tapi bila berada di luar rumah , sikap dan tanggungjawab menjaga kebersihan semakin menipis atas kerana masing masing pentingkan diri sendiri ! 

Nahh.. apa kata kita sambut cabaran yang semakin viral di luar negara ! Dari page We Don't Deserve This Planet #ChallengeForChange , sambutan semakin hangat atas kesedaran dunia semakin tenat dan parah. 








 

Amacam ? Menarik untuk dicabar ? Heee.. Buktikan kita , rakyat Malaysia bukan seperti yang disangka. Jika bersatu , dunia pun boleh takut... kan ? Haaa... Buang rasa ego , level harga diri yang syok sendiri tu.. bersatu dan bersihkan bumi Malaysia ni ! Kalau bukan kita , takkan nak tunggu  orang luar datang ke negara kita , bersihkan sampah sampah tu ??? 

Tak malu ke ? Oh.. memang pun. Tapi bila dengar orang luar puji pasal  negara kita , bangga lak. Bila dengar kena kutuk , pakat tuding jari ! Hurmm..


" Jepun memang bersih giler. Susah nak jumpa tong sampah wooo ! " Kata seorang kawan sambil buang bekas aisrim dalam longkang. 

You May Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah masih ada yang mahu bertanggungjawab ni 😘

    Sambil nak jemput join Contest Anniversary 7 Years Miss Nadya

    BalasPadam
  2. Suka org jepun, really concern dgn kebersihan. Sokong #ChallengeForChange, baru berfeadah tukmdi ikuti, salam singgah

    BalasPadam
  3. Org Jepun memang displin. Di ajar dr kecil, dkt sekolah mereka pun ada ajar mengenai tanggungjawab.
    Kita di Malaysia perlu berubah jika hendak lihat alam semulajadi yang indah dalam negara. Berubah bermula dari diri kita sendiri.

    BalasPadam