Bina keyakinan Qhaliff !

by - Ahad, Mac 03, 2019


Pagi Ahad... kelas berenang Qhaliff. Zahra tak ikut. Aku tak nak bawak dia sebab biasanya kalau Ahad dia berkaktiviti , Isninnya mesti akan ponteng. Penat katanya. Hurmm.. Penuh dengan alasan dan jangan sesekali kasi dia berpeluang untuk dapatkan alasan sebegitu. 

Berbeza dengan Qhaliff.. Sabtu dan Ahad, dia bersungguh sungguh nak ke kelas aktiviti sebegini. Gi sekolah pun ok je cuma part kerja rumah tu melemahkan dia ! Hahaha.. Bukan dia jer.. aku pun lemah bila part kerja rumah ni haa...

Selepas kejadian semalam , aku perhatikan dia hari ni. Duduk jauh dari dia. Dan sememangnya dia takkan berborak dengan perempuan punya. Hurmm... lebih lebih lagi yang tak rapat dengan dia. Tu yang pelik tu.  Tapi tak pe la.. Sabtu nanti aku kena pantau sekali dia dan nak tengok sendiri ragam rakan rakan di kelas badminton dia tu. 

Hari ni kelas berenang dia yang ke 7. Dia semakin berani dengan air. Sebelum kelas ni , dia memang main kat tempat tempat cetek jer. Aku nak ajak dia main tempat dalam pun dia tak nak. Meraung. Trauma dengan air kot. Dulu pernah tenggelam. Hahaha... 

Tadi aku tengok dia , semakin fokus terutama bila takda geng. Hehehe.. lebih lebih lagi Zahra takda. Senang nak belajar. Cuma masalah dia ni ialah.... kena banyakkan latihan. Sememangnya dia mintak aku bawak dia ke kolam renang selalu tapi aku bukan nak jadikan dia jaguh berenang pun. Memadai dengan berilmu jer..Moga bermanfaat buatnya kelak dan yang penting , membina keyakinan dia.

Ada perubahan la sejak dia sekolah ni. Disamping ada kelas kelas tambahan , mulut dia pun leh tahan gak laa.. Hahaha.. Dan aku cadang nak tambah lagi kelas untuk dia. Cuma aku kena kerja keras skit la. Duit je masalahnya.  InshaAllah. 

You May Also Like

2 comments

  1. Untung dia.. sini klu one to one anak autism, rm350 kot.. hahaahha.. klu anak normal buat grouping 100++

    BalasPadam
  2. baguslah,aktiviti sihat macam ni.. Taklah dia boring kat rumah yea.

    BalasPadam