BioUsahawan 2019 akhirnya tiba ! Kenapa korang kena pergi ?

by - Jumaat, Mac 15, 2019




Bermula 15-16 Mac 2019 , yakni hari ini ( Jumaat ) dan esok ( Sabtu ) saja yer ! Peluang begini jangan dilepaskan sama sekali. Nak tunggu kembali , lama lagi ! Maka , ajaklah mereka yang berminat mengenai produk produk berasaskan bio tempatan ke Kuala Lumpur Convention Centre dengan pantasnya !

Apa yang menarik ? Hurmm... Ok , aku senaraikan 5 yang pastinya membuatkan korang tak sabar nak pergi punya.


1. Terdapat pelbagai jenis produk-produk bio di Malaysia yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan tempatan. Di BioUsahawan ini nanti akan ada produk-produk untuk kesihatan, penjagaan diri, kecantikan, suplemen, makanan dan pelbagai lagi dan disusun dengan cantik agar mudah untuk dicari. 

Produk-produk bio tempatan yang akan dipamerka di sini berkualiti tinggi, bernilai tinggi dan setanding dengan produk-produk jenama antarabangsa kerana produk-produk ini adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat bio. 

Sempena BioUsahawan 2019, ada 10 set produk-produk bio untuk dimenangi. Jawab sahaja soalan di link INI !  Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk mengambil hadiah di BioUsahawan 2019, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019. 



2. Kehadiran selebriti-selebriti terkenal  yang pastinya membuatkan korang  tertanya apakah produk mereka atau apakah yang ingin dikongsikan oleh mereka di BioUsahawan 2019  ! Antara selebriti ialah Noryn Aziz, Salma Asis, Datin Diana Danielle, Fazlyna Ahmad Daud dan Altimet. Ada antara mereka yang akan menjual pelbagai produk  termasuklah produk kecantikan, kosmetik, makanan, selendang dan pelbagai lagi! Turut meriahkan suasana Sarimah Ibrahim bersama produk kecantikanya sendiri !

Manakala Altimet  pula menceritakan tentang pengalamannya dalam dunia keusahawanan bertajuk “No Plan B” pada 16 Mac pukul 3.20 pm di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Amacam ? Menarik kan ? Haa.. Bukan datang tayang muka tauu.. Masa ni la boleh korek pelbagai ilmu dan juga dengar sendiri perkongsian ilmiah dari mereka. InshaAllah. 


3. Yang ni best ! Bagi mereka yang sukakan ilmu pengetahuan , maka inilah yang akan ditunggu tunggu. Dengarkan Sesi Panel , Bual Bicara dan kemudiannya akan diajukan soalan. Jika korang berjaya menjawab dengan betul , akan ada hadiah menarik menanti ! 

Ada pelbagai topik menarik untuk dikupas di BioUsahawan 2019 semasa sesi panel dan bual bicara oleh pakar-pakar industri, termasuklah:
  • Sesi perbincangan tentang peluang-peluang dalam dunia digital untuk meningkatkan perniagaan bagi usahawan tempatan
  • Sesi perbincangan tentang dana dan pembantuan pembiayaan lain yang disediakan oleh Kerajaan, agensi dan pemain industri bagi membantu usahawan
  • Sesi perbincangan tentang aplikasi teknologi dalam industri agro bagi menambah nilai produk/perkhidmatan
  • Sesi penyampaian tentang produk dan perkhidmatan oleh usahawan tempatan berasaskan bio
Hadirkan diri di sesi panel ini (lihat kepada jadual), jawab soalan senang dan menangi hadiah-hadiah menarik seperti penginapan hotel, voucher makanan, produk bio dan banyak lagi!




4. Ok , pastinya korang antara insan insan terbilang dan cemerlang lagi dermawan ! Haaa.. Sesuai untuk semua pengunjung pengunjung BioUsahawan 2019 ni , ada Derma & Menang Sambil Selamatkan Persekitaran. Kita tau , persekitaran kita ni , kita sendiri kena jaga , bukan ? Haa... Ni la peluangnya untuk membuktikan ! 


Ada pakaian atau kain yang tak nak dipakai? Jangan buang, derma saja ke tong Kitar-Kloth di BioUsahawan ! Kitar-Kloth adalah program kitar semula kain dengan kerjasama Kloth Cares, Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd dan Selangor Youth Community.

Dermakan kain yang telah diguna seperti pakaian, kasut, tali pinggang, beg tangan, tuala, linen atau permainan. Kain yang dikumpul akan diderma kepada orang yang memerlukannya atau dieksport dan diubah menjadi barang lain seperti kain lap, kerusi kereta dan bahan bantal. Bawa semua tu ke sini nanti. Pergi ke Tapak P03 , Dewan 1 pada 15 Mac je tau.. 




5. Berminat nak datang kan ? Opssss ! Jangan serbu terus. Nanti kena beratur panjang lak kat sana. Nah , ni cara paling mudah dan cepat ! Sila daftar secara online. Sebaik sahaja anda telah mendaftar, anda hanya perlu mengumpul pas pada hari yang anda akan datang. 

Gunakan kod QR atau pra-pendaftaran melalui link ini https://form.jotform.com/90568850256970
Pendaftaran ke BioUsahawan 2019 adalah PERCUMA!

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang acara BioUsahawan 2019 dengan lebih lanjut bolehlah melayari laman web www.bioeconomycorporation.my atau mengikuti mereka di:-

Cukup 5 kan ? Tu pun dah tertarik dah kan ? Kalau nak tambah lagi , aku leh kasi satu lagi point ! Haa.. boleh jumpa aku di sana secara live ? Amacam ? Berminat ?? Aku leh turunkan tandatangan pada baju korang nanti... Hahahah.. Aku gurau jer. Aku pun akan jadi salah seorang pengunjung BioUsahawan tu nanti. Rugi ok kalau tak pergi ! Aku nak shopping gak nanti. Biasanya barang yang dijual di sini memang akan murah murah. He... Sila bawa duit yang banyak. 

Ok.. Jumpa di sana nanti. Kalau jumpa, jangan segan segan tegur dan berselfie dengan saya tau ! Lalala....


You May Also Like

1 comments

  1. Menarik ni.. Masa nilah kita boleh kenal produk2 tempatan yang berkualiti..

    BalasPadam