Buka Puasa 2019 : Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan 'Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman '

by - Jumaat, Mac 29, 2019

Masih mengekalkan identitinya setiap tahun iaitu mengutamakan masakan tradsional mengikut citarasa masyarakat majmuk , namun Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur membuat perubahan kali ni dengan mengubah lokasi bufet Ramadan ke tingkat atas yang supaya lebih menarik dan terbuka. Dengan ini pelanggan akan menikmati juadah dengan lebih rileks dan santai. 

Dengan konsep 'Sajian Tradisi Zaman ke Zaman ' yang disediakan oleh chef chef berpengalaman yang dikepalai oleh Chef Eksekutif Steven Gdan Chef Saad dari dapur sajian Melayu , menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut negeri negeri di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Antara hidangan wajib ada ialah Sup Gear Box , Sup Ekor Bakar , Kambing Bakar  Abang Burn , Warong Mee Padang Tembak , Shell In Pantai Remis , Nasi Daun Pisang Uncle Chandra , Hinava Ginapan dan Umai Ikan Mrah.

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mempamerkan sajian dengan konsep gerai gerai yang beratapkan nipah utuk menambahkan lagi keserian dan menaikan mood suasana kampung. Selain daripada masakan melayu, turut ada masakan seperti pasta , pizza dan sushi.

Tak perlu risau soal surau dan parking. Segalanya tersedia dengan selesanya ! 






Harga Bufet , ada dua. Satu sebelum 15hb April 2019. Harga bersih untuk dewasa ialah RM90 dan kanak kanak yang berusia antara 5-12 tahun , cuma RM45.  Selepas 15hb April 2019 , harga dewasa ialah RM120 dan kanak kanak ialah RM60. 

Maklumat lanjut , sila hubungi +603 4042 5555 atau layari web , www.seripacifichotel.com .

You May Also Like

8 comments

  1. Paling suka sup gear box dia dan semestinya kuey teow. Goreng dia yg ohsem. Tak pernah berubah rasa sedap dia. Terbaik laaa

    BalasPadam
  2. wah bestnya.. rindu gear box dia. jom p lagi mkn dan makan

    BalasPadam
  3. berbaloi grab awal2 baucer berbuka kat sini. Sedap semuanya!

    BalasPadam
  4. ala.. terlepas peluang lagi tahun nih.. sobsss

    BalasPadam
  5. Sup gear box pun ada... Bestnyaaa.

    BalasPadam