JomStudi beramai ramai !

by - Isnin, Mac 11, 2019

Duduk memandang dua orang anak aku. Masing masing sibuk bermain dengan permainan. Aku termenung. Dok pikir nanti kalau dah masuk tahun 4,5 dan 6 pastinya kos nak menghantar ke kelas tambahan akan bikin aku stress ! Hahahaha.. Yelah , aku tengok orang sekarang ni dok sibuk antar kelas tambahan sebab subjek subjek dan silibus yang diajar sekarang ni cukup mencabar ! Nak kena cari alternatif yang menjimatkan wang dan juga masa. Lagi pun , aku bukan orang kaya mampu nak hantar kelas tambahan sangat dan sekarang ni bukan murah weh untuk antar ke kelas tambahan. Uhuk.. 

Nah... baru baru ni aku dapat tahu ada satu laman web yang sangat bagus untuk anak anak kita yang mana mereka boleh buat buat latihan secara online. Aku buka laman web tu dan mencubanya sendiri. Bagus web ni ! Mereka yang tak mampu nak pergi ke kelas tambahan , boleh gunakan web ni untuk membuat latih tubi dan juga memberi galakkan untuk terus belajar dengan rakan rakan secara sihat. 

Muka depan web JomStud


Simple dan sangat friendly laman web ni. Aku register dan tak sampai 1 minit selesai. Terus boleh gunakan dah. Hehehe.. Ok , aku nak test jap. Ok ke tak ? 

Pelajar mengumpul lencana yang berlainan sebagai ganjaran menyelesaikan tugasan mereka.


Fuh... siap ada Lencana Digital Pasukan JomStudi gitu... Bagus ! Mendorong mereka untuk banyakkan latihan dan siapkan Baru register dah terasa cam bagus web ni. Satu sebab laju. Budak budak ni, mana nak layan kalau slow kan ? Nak kena tunggu loading.. fuh , memang tidak la diorang ni. Terus tekan close ! Huhu.. 

Oh yaa... Sebelum korang tanya , biar aku jawab. Hahahaha.. Sebab aku pun tertanya gak , apa itu JomStudi ? Haaa.. Aku tahu tapi nak terangkan kat korang tu , agak payah skit. Maklumlah , kena menaip gitu. Kalau depan depan, aku sediakan kopi O pastu kita layan borak la pasal JomStudi ni sambil buat latihan tubi gitu. Hahahaha.. Bukan untuk persediaan peperiksaan tapi untuk ilmu jugak. Kan kan ? 

Ok.. Berdasarkan pada jawapan di bahagian Soalan Lazim , JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Ianya dizahirkan sebagai maklum balas kepada perubahan dalam landskap pembelajaran yang menyaksikan internet berfungsi sebagai alat utama untuk pelajar mendapatkan maklumat. Dilancarkan pada Januari 2019, JomStudi merupakan inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta; Astro, Digi dan Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Kalau korang ada persoalan lagi , jangan tanya aku. Korang boleh terus ke bahagian Soalan Lazim tu. Segala persoalan korang , ada jawapan di situ termasuk laaaa.. 'Adakah pembelajaran ini percuma ke atau kena bayar bila nak guna JomStudi ni ? ' Heee.. kan kan ? Aku jawabkan yer. Free weh ! Haaa.. Baguskan ?

Seperti yang dikatakan sebelum ini JomStudi ini menumpukan pada mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian seperti kawasan luar bandar dan pendalaman. Jangan risau mengenai capaian internet sebab Digi adalah operator telekomunikasi di negara kita berada di kawasan kawasan strategik. Maka dengan ini pelajar pelajar takkan ketinggalan lagi dah dari sudut pembelajaran.


JomStudi turut mempunyai video video tutor khas untuk pelajar pelajar yang bakal menghadapi UPSR , PMR dan juga SPM ! Dalam erti kata lain , anak anak kita takkan boring la bila mengadap  JomStudi seperti aku.. Aku pun dah cuba termasuk buat latihan serta membuat ulangkaji di JomStudi.Mudah faham dan menarik. Aku kena buat banyak latihan dan program dalam ni untuk kumpul Lencana Digital. Cam best lak ! Hahahaha..

JomStudi , boleh akses di mana mana saja !

Ok... Korang jangan percaya cakap aku tau. Korang kena masuk dan cuba sendiri. Pastu sila beri pendapat korang pada aku. Amacam ? Jom ke JomStudi !



You May Also Like

28 comments

  1. Sekarang semua nak online jer kan , kita nak elak anak main gajet. tapi terpaksa. bila ada apps mcm ni.

    BalasPadam
  2. Bagusnya.. boleh try la kejap lg

    BalasPadam
  3. Wahhh. Bagus ni. Anak yang sulong tu pun kena studi BAHASA INGGERIS LEBIH. Maklumlah , anak jati Melayu.

    Itulah kelemahan asasnya.

    Thanks Ben share portal percuma ni.

    BalasPadam
  4. Wah menarik! Nak cuba juga lah. Thanks sharing

    BalasPadam
  5. bagus website ni.Dah bole buat latih tubi di hujung jari.Memudahkan dan paling penting,tak membosankan.Ehehehe..

    BalasPadam
  6. sekarang semua dah ada.. pendidik secara maya sangat membantu jika digunakan sebaik mungkin.. jomstudi salah satu platform yg baik

    BalasPadam
  7. Wah bagusla kalau ade jomstudi ni.. Mana yang tak boleh hntr anak ke tuisyen boleh guna ni

    BalasPadam
  8. Bagus gak.. boleh bg ank aku try...

    BalasPadam
  9. Accesible kat mana2 ni yg best ni!

    BalasPadam
  10. Mudahnya sekarang ni nak belajar. Semua online. Budak-budak pun suka

    BalasPadam
  11. Mahu maknya bagi hp sokmo ni 😆

    BalasPadam
  12. Okay nak try balik kang.. thanks share tau

    BalasPadam
  13. wow... bagusnya senang la apsni nak studi onlne ngn anak2.... nice sharing

    BalasPadam
  14. bagusnya paltform ni. boleh try.

    BalasPadam
  15. Wahh... Menarik ni. Bebudak ni asal gadget memang suka. Boleh laaa sambil tu belajar.

    BalasPadam
  16. Kena guna tab lah nak bg anak study. Harap2 anak suka. Klau guna phone kecik sgt ye dak?

    BalasPadam
  17. Menarik jugak ya JomStudi ni .. bukan anak je yg belajar , zaman sekarang pun makpak kena studi sama sebab silibus dah terlalu tinggi ...

    BalasPadam
  18. bagusnya,elok tuk anak kaki gajet gak ni..

    BalasPadam
  19. bagus ni.. drp duk main game lelama tu, hadkan game. suh tgk jomstudi

    BalasPadam
  20. menarik ni.. belajar guna gadjet memang tarik minat anak2

    BalasPadam
  21. Menarik! Nak try lah, senang skit nak stadi kat umah ja ngan kembaq

    BalasPadam
  22. Bagusnyaa web ni. Sekarang ni senang dah nak study, dihujung jari.

    BalasPadam
  23. bagusnya, boleh studi kat rumah dan menjimatkan duit

    BalasPadam
  24. Menarik ..nak try jugak utk anak maq yang nak amek SPM tahun nanti.. Tq sharing

    BalasPadam
  25. Baguslah, nak install untuk anak² jugak.

    BalasPadam