Kesimpulan dari 'Manipulasi Suplemen'


Hurm.... Ingatkan ada perbahasan menarik seperti minggu lepas. Paling tidak pun ada pertanyaan dari penonton di rumah ! Setakat perbincangan gitu... hurm..Dah tau la apa nak dikatakan oleh ke semua panel. 

Bukan apa... Bila tiada perbahasan , masih ada insan insan di luar sana percaya pada marketing marketing yang dibuat. Maka semua ini akan sia sia jer. Aku paham kenapa takda panel yang mewakili produk produk tertentu . Ada baik dan buruk tapi di kala ini , perlu lebih 'tegas dan keras' bagi menyedarkan golongan golongan taksub 'nak cepat' ni. 

Kesimpulannya... hurm.. Tutup tv gitu dan masuk tidur. Kekuatan untuk menyedarkan pengguna pengguna tegar tak berapa nak sampai. Setakat cakap gitu gitu je , memang payah la. Serupa macam nak sedarkan bahaya merokok ni la.. Selagi tak ditunjukan rupa paru paru mereka , selagi tu akan terus merokok ! Huhuhu.. 

Kerajaan kena mainkan lebih sikit peranan gitu terutamanya Kementerian Kesihatan. Lambakan produk kesihatan umpama jalan mudah nak mengaut kekayaan tanpa mengira kesan sampingan pada pengguna. 

" Eh , mereka sepatutnya kena baca arahan sebelum mengambil produk ni. Maka bukan salah kami la. Sapa suruh main makan jer.. ". 

Dan blogger sendiri terutama team #KBBA9 , kena lebih prihatin dalam mengambil job job reviu ni. Bukan apa... pembaca setia percaya terhadap apa yang di reviu. Maka sedikit sebanyak , kita kena bertanggungjawab juga.

Bak kata panel.. 'Jangan over claim ! ' .Haaa... Tu yang bahaya tu dalam reviu. Hati hati. Para founder produk juga kena lebih bersikap bertanggungjawab selepas ini  dalam mengeluarkan satu satu produk. Bukan apaa... ada yang menjual, tapi sendiri tak makan. Huhuhu... Banyak dah aku jumpa founder founder produk gitu. Malas nak cerita jer. Kang citer , kena saman 3 juta lak. Hahahaha. Tak pasal pasal. Aku tak kata semua tau. Ada yang bagussssss dan jujur  ! Huhuh... 

Ingat akhirat juga dalam mencari rezeki ni. Segalanya kena soal semula. Jenuh..

3 ulasan:

  1. betul. 200% agreed! sebab tu saya sangat selective dalam memilih job review..

    BalasPadam
  2. Sesiapa pun kena berhati-hati.

    BalasPadam
  3. Nyaris masuk tidur juga tapi saya tengok juga sampai habis.

    Memang kurang 'rempah' bila tiada perbahasan. Malah saya sebenar mengharapkan soalan dari penonton ke apa ke kan.

    Masalah overclaim sebab ramai peniaga yang jadikan mereka yg sakit sebagai lubuk emas dan lebih teruk menjauhkan mereka dari rawatan hospital.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.