Restoran Utan Cafe dengan menu Mee Bandung Laut Dalam yang meleleh !

by - Isnin, Mac 18, 2019

Chef Anet wat hal lagi ! Bila dia mesej aku bagitau ada menu baru dan aku patut cuba datang try , aku dah telan air liur. Bila aku bagitau wife , dia setuju jer. Sebabnya dia tau , Restoran Utan Cafe tak pernah mengecewakan masakannya ! Haaa.. aku setuju part tu gak.

Menu terbarunya , Mee Bandung Laut Dalam. Sebenarnya dah lama pun kat sini cuma kali ni dia ada buat sedikit perubahan. Tapi rasanya tetap meleleh segala air yang ada ! Hahahaha.. Nasib air telinga takda. Aku tak mampu nak hirup abis kuahnya sebab cuaca amat terik. Peluh meleleh abis abisan. Ditambah aku lak baru lepas workout. Memang tak sanggup la nakkkk oi ! 

Restoran Utan Cafe yang terletak di Sepang ni memang best sangat jika datang makan beramai ramai. Confirm puashati dan akan plan untuk datang lagi punya. Serius ! Nak datang sorang dua pun ok jer. Macam aku , kalau nak datang sorang atau berdua, akan pilih makanan yang tidak melibatkan lauk pauk yang banyak. Biasanya yang jadi pilihan ialah Bakso Beranak atau Keow Teow Goreng. Fuhhhh.... Mee Goreng dia punya sedap kauuuu ! 

Ok... Kali ni aku cuba dua menu. Mee Bandung Laut Dalam dan Nasi Goreng Sotong apa tah namanya. Lupa lak. Hehehehe. Manakala wife aku lak makan nasi serta set Asam Pedas dan Ulaman. Terliur lak aku tengok. Hahahaha..










Mangga Leleh ni peneman sejati aku tiap kali ada kat Utan Cafe ni. Tak kira siang aau malam.. wajib order ! Huhuhu. Sedap sangat ! Mangga pekat serta ais krim di atasnya. Huhuhuh...

Jika korang tanya aku apakah sedap Mee Bandung Laut Dalam ? Jawapan aku , kuahnya sedap. Dan keutamaan ialah makanan laut yang terisi di dalam mangkuk tu. Haaa.. Kalau korang pengemar makanan laut , memang akan tersadai la. Hahaha.. Dinasihatkan jika nak diet , duduk jauh jauh. Order je nasi dan ulaman. Hahahaha..

Sejujurnya , Restoran Utan Cafe belum mengecewakan aku. Dan Bakso Beranak masih lagi feveret aku diikuti Keow Teow Goreng dan makanan set lauk pauk. Eh , semua feveret laaa ! Sedap. Nasib aku diet je skang ni ! Dah turun 20 kg kauuu ! Hahahahha..

Oh... camana nak datang ke sini ? Terletak berhampiran dengan Tasik Teratai Bandar Baru Salak Tinggi. Waze jer Utan Cafe & Range. Haa.. Kalau nak suasana menarik , petang cantik. Kalau nak mendamaikan serta makan sampai pengsan , datanglah malam. Tutup kul 11 malam kecuali Ahad jer tutup jam 5 petang.

Ramadan dah seberang jalan. Boleh riki riki untuk port berbuka puasa dan Utan Cafe khabarnya , full house setiap tahun ! Huhuhuh...

Tempahan : Tel : 019 239 4757
Instagram : https://www.instagram.com/utancafe/
Facebook : https://www.facebook.com/utancafeandrange/

You May Also Like

2 comments

  1. tengok sotong tu terus lapar....

    BalasPadam
  2. Sotong tu kan alahai memggoda jiwa raga betul laaaa .. bila nak terjah sekali niiii

    BalasPadam