Risau aku dituduh dera Zahra !

by - Ahad, Mac 10, 2019


Khamis lepas .. Aku terkejut tengok mata Zahra ketika dia bangun tidur. Terus aku mesej wife bagitau mengenainya. Wife bagitau , Rabu lagi mata dia dah kelihatan merah dan bengkak. Punca ? Tak tau. Wife rasa sebab semut kecil gigit dia. Aku tak rasa gitu sama sekali. Aku syak mesti berpunca dari air sabun yang masuk mata dia ketika mandi malam tu. Aku yang mandikan dia sendiri dan sabun rambut dia. 

Dua hari kemudian.. Ok dah. Dan semalam , jadi sekali lagi ! Masa dia sembuh tu , dia tak mandi guna sabun mandian yang berbotol merah di dalam gambar di bawah. Aku selalu guna sabun mandian Tea Tree Oil dari Cosmoderm. Sekian lama memang itu pilihan aku untuk keluarga aku. 

Sewaktu aku di gym semalam ( Sabtu ), wife mesej...  Mata Zahra penuh dengan taik mata dan bengkak ! Hurm... Aku terus rasa tak sedap hati. Tunggu Qhaliff habis kelas badminton dan nak bawa Zahra ke klinik. Tapi bila dah nak ke petang , surut dah... 

Pagi tadi.. masih ada bengkak. Nak tak nak , memang gi klinik gak la. Esok wife outstation. Tinggal aku ngan budak budak jer. Dia risau sakit semula. Aku ikutkan jer. Tapi yang pasti , sabun mandian berbotol merah tu tidak lagi dibenarkan guna pada Zahra. Qhaliff dan Aariz , ok jer tapi aku tak kasi guna di kepala. Risau diorang pun kena gak. 

Tea Tree Oil Shower Gel tanpa SLS dan Paraben. Bagus !

Doktor di klinik periksa. Katanya bukan sakit mata. Habuk mungkin. Wife lak tak cerita perihal sabun tu sebab dia sendiri tak yakin sebab sabun tu. Hehehe.. Lega gak la sebab doktor tak sebut kot kot daddy dia buat ker.. Huhuh.. Bukan apa... zaman ni macam macam wooo ! Tapi takkan la doktor nak cakap gitu melainkan pesakit yang ceritakan , kan ? Hahahaha... Tapi aku kata gitu sebab ada kisah satu tika dulu. Tak kisah la. Apa pun tunggu esok. Dan pastiknya , memang aku takkan bagi dah guna sabun sabun lain selain Cosmoderm jer. 

Peluh jika tidak dibersihkan , memang mengundang penyakit kulit ! 

Stok memang senantiasa penuh. Dan kadang kadang aku bagi kat kawan kawan untuk cuba.

Aku memang simpan stok skincare Cosmoderm banyak. Lagi pun memang keluarga aku suka guna. Dulu badan aku mudah berjerawat gara gara berpeluh dengan banyaknya selepas bersukan. Selepas berkenalan dengan Tea Tree Oil, memang dah payah sangat nak tengok jerawat naik ! Haaa... Anak anak aku pun memang takda masalah dengan penyakit kulit terutama Qhaliff yang aktif bersukan sekarang ni. Alhamdulillah.

Ada yang tanya aku kat mana nak dapatkan produk Cosmoderm ni ? Aku jawab..mudah jer... Sekarang Cosmoderm tengah adakan potongan sehingga 20% , sehingga 31 Mac 2019. Gi ke laman web Cosmderm dan buat order terus. Bayar dan tunggu je sampai ke depan pintu rumah atau alamat  kediaman korang yang diberikan.


Selamat BerCosmoderm !

You May Also Like

11 comments

  1. Cosmoderm memang tak pernah mengecewakan.

    BalasPadam
  2. tengah tunggu sale mcm dulu. rm10 sbotol. nk borong. huhu

    BalasPadam
  3. Mandian cosmoderm memamg best dan selamat,bebas bahan kimia bahaya.

    BalasPadam
  4. haha xpasal2 plak si ayah yg cuak kena tuduh...

    BalasPadam
  5. Kene guna yg ni jugaak la utk Noah

    BalasPadam
  6. Ko taknak bagi aku cuba gak ke Ben heheheh..
    Mungkin juga sabun sebab aku yang tua ni pun tak boleh pakai sejenis syampoo ni, kompom nanti mata bengkak dan merah..sama macam Zahra ..

    BalasPadam
  7. Kalau ada sale diskaun byk kabar ye ben...nak beli hehe

    BalasPadam
  8. kena ada gak la ni cosmoden kat umh sya... hehe

    BalasPadam
  9. Tu la kan, risau bila anak alami masalah kesihatan, jenuh fikir apa puncanya

    BalasPadam
  10. Bestnya Cosmoderm ada diskaun 20%.. Rugi kalau tak beli time ni

    BalasPadam