" Uncle , tadi Qhaliff pukul kitorang.. "

by - Sabtu, Mac 02, 2019


Seperti biasa , setiap pagi Sabtu.. aku akan hantar Qhaliff ke kelas badminton. Saja mengisi masa lapang dia di hujung minggu selain ke kelas berenang. Dan biasanya aku akan duduk kat situ sehingga abis kelas. Nak tengok camana dia belajar.  

Setelah sebulan berlalu , aku mula yakin dengan dia. Aku tinggalkan selepas setengah jam memerhati tindak tanduk dia dari jauh. Dia akan leka bermain dengan seorang rakan yang lebih muda dari dia. Main kejar kejar ! Hurmm.. marah jugak aku kadang kadang sebab dok terleka main ngan budak tu sedangkan yang lain dok belajar ngan jurulatih tapi mengenangkan dia masih lagi budak dan baru.. aku bagi peluang. Namun aku tetap menasihati dia. 

" Fokus Qhaliff... Fokus. Daddy hantar sini suruh belajar bukan main kejar kejar. Kalau nak main , tak yah datang dah yer ? ". Amaran aku pada dia. Dia anggakkan saja. Aku tau... anggukan dia tu cuma bertahan 2 minit jer. 

Hari ni , sesuatu yang tak aku duga berlaku. Setengah jam sebelum kelas berakhir , aku ke lokasi dia berlatih. Ada dua orang budak perempuan datang ke arah aku.. 

" Uncle , tadi Qhaliff pukul kitorang dengan raket. ". Katanya.

Aku terkejut. 

" Kenapa Qhaliff pukul ? ". Tanya aku. Diorang jawab tak tau. 

" Tak ape , tak pe.. Gi training dulu. Nanti uncle tanya dia yer.. ". Arah aku sambil perhati Qhaliff dok main kejar kejar dengan bff dia. Aku geleng kepala.

5 minti kemudian , kelas tamat. Aku panggil Qhaliff yang baru nak sambung kejar kawan dia tu. Qhaliff memandang aku. Dia terus ke arah aku. 

" Nape daddy ? ". Tanya dia.

" Kenapa Qhaliff pukul girl tu ? ". Tanya aku. Qhaliff berdiri tegak depan aku. Budak perempuan berbangsa India tu lalu berdekatan dengan kitorang. 

" Gi mintak maaf ngan dia , sekarang gak. ". Arah aku ! Dia keraskan diri dia. Hurmmm... Aku suruh sekali lagi dan dia masih berkeras. Aku syak sesuatu. Qhaliff takkan suka suka nak pukul orang terutama perempuan. Dan dia memang takkan bergurau dengan perempuan pun. Tu aku pelik. 

Sekali lagi aku tanya pada Qhaliff dengan nada yang lembut. Dia pun menjawab. Katanya diorang kacau dia . Amik shuttle dia. Aku bukan nak kata aku percaya dia 100% tapi Qhaliff , sesiapa yang kacau dia , memang akan kena la.. Tak kira Zahra atau pun Aariz. Sekali pun aku kacau dia tengah main pun dia akan marah. Dan dia memang cepat naik tangan gak. Normal la tu kan ? Aku rasa la.. 

" Lain kali... jangan pukul perempuan. Lelaki pun tak boleh pukul. Kalau dia bagitau ayah dia , ayah dia report polis.. Qhaliff boleh kena tangkap dengan polis. Nak ke ? Faham tak ni ? ". Tanya aku.

" Paham. ". Jawabnya sambil tundukkan kepala. 

Hurm... 

" Dah , gi amik beg Qhaliff. Salam coach. Cakap terima kasih. ". Arah aku lagi. Dan dia berjalan pantas ke arah dua orang jurulatih badmintonnya. 

Di dalam kereta... aku tanya lagi kenapa dia pukul. Dan jawapannya , tetap sama. Aku berpuashati.


You May Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah. Komunikasi 2 hala.

    BalasPadam
  2. ini kali pertama ke dia pukul orang....

    https://www.ohbosannya.com/

    BalasPadam
  3. Baik adik Ghalifd ni, aktiviti sihat. Masa anak saya macam Ghalif ada saya bawa mereka di satu tempat pertunjukan ular, alamak anak lelaki saya berani pegang ular siap angkat kat leher..saya pula yang hampir pengsan nak pegang ular tu..hehehe teringat anak bila nampak Qhalif hensem ni

    BalasPadam
  4. lepas ni tak lagi pukul kawan ya Qhaliff..jadi anak lelaki yang baik ya..

    BalasPadam