Dapatkan Huawei P30 Pro cuma berharga RM98 saja dengan 'Digi PhoneFreedom 365' !

by - Jumaat, April 05, 2019

Berbaloi ! Aku dah test dah Huawei P30 Pro yang mana satu tika dulu , Huawei bukanlah salah satu telefon pintar idaman aku. Kali ni aku terpaksa akui yang Huawei telah mengeluarkan satu produk yang amat berbaloi sekali untuk dimiliki. 


Dengan spesifikasi 8 GB Ram dan storan 256 GB , rasanya Huawei P30 Pro yang ada di tangan aku ni dah cukup puas untuk digunakan terutamanya kaki main game dan juga kaki bergambar ketika travel mahupun aktiviti aktiviti yang dijadikan kenangan terindah bersama si dia !

Pastinya kualiti gambar menjadi soalan utama ! Meh tengok spesifikasi kamera utama dan di hadapan.

KAMERA UTAMAQuad40 MP, f/1.6, 27mm (wide), 1/1.7", PDAF, OIS
20 MP, f/2.2, 16mm (ultrawide), 1/2.7", PDAF
Periscope 8 MP, f/3.4, 125mm (telephoto), 1/4", 5x optical zoom, OIS, PDAF
TOF 3D camera
FeaturesLeica optics, dual-LED dual-tone flash, panorama, HDR
Video2160p@30fps, 1080p@60fps, 1080p@30fps (gyro-EIS), 720p@960fps
KAMERA HADAPANSingle32 MP, f/2.0, (wide)
FeaturesHDR
Video1080p@30fps

Aku taknak tulis teknikal sangat. Maklumlah , pembaca blog aku ni pun macam aku gak. Kalau ok , katakan ok. Tidak aku ternanti nanti ! Haa.. Kalau tak ok , bagitau jer ! Tak payah beli. Eh.. hehehe.. Maka , bagi aku inilah kualiti gambar yang sangat puashati aku pernah tengok sepanjang aku membuat review telefon pintar. Maknanya , kalau guna pun.. untuk 2-3 tahun tu dah memang ok sangat dah. Hee.. pastu leh tukar lain lak. Lalalala...

Dengan menggunakan Android 9.0 , CPU Octa-Core pastinya lebih smooth pengerakkannya. Reka bentuk yang cukup sedap digenggam dengan berat cuma 192gram serta badannya diperbuat daripada glass dan diperkukuhkan dengan aluminium membuatkan aku sendiri kagum dengan Huawei P30 Pro ni.

Tambahan memori sehingga 256 GB menggunakan Nano Memory card andai memori dalaman tidak mencukupi. Heee... Dan skrin OLED  16M Colors 1080x2340 pixels. Dan yer , water resistant sedalam 2 meter sehingga 30 minit saja.









Meh tengok gambar gambar yang dah aku amik melalui mode Auto jer. Manual , aku tau tak ramai pandai pakai maka Auto pastinya menjadi pilihan utama ! 








Gambar-gambar di atas ni diambil dalam keadaan cuaca yang mendung jer. Jika cahaya matahari lebih terang , pastinya lebih cantik ! Tapi inilah kelebihan Huawei P30 Pro ! Dikatakan jika pencahayaan kurang atau malap , Huawei P30 Pro akan memberikan hasil yang cukup menarik sama sekali ! 

Efek-efek tambahan yang tak perlu lagi di download , cukup menarik sama sekali ! 




Amacam ? Dah tertarik ? Heee.. Berminat nak dapat Huawei P30 Pro ? Ok.. Seperti yang korang nampak di bahagian tajuk tu , Digi telah memperkenalkan satu plan menarik yang dikenali 'PhoneFreedom 365 ' yang mana pengguna Digi mempunyai kebebasan untuk memilih telefon mana yang mereka inginkan di bawah tawaran pakej tersebut. Tiada bayaran pendahuluan , 0% interest sepanjang tahun , upgrade telefon percuma dan Digi Shield yang menawarkan Perlindungan  Telefon Percuma.

Pengguna boleh memilih mana mana telefon pintar dengan harga yang murah dan tak perlu risau sepanjang pemilikan tersebut dan boleh upgrade phone jika berminat. Maklumat lanjut boleh di dapati di http://bit.ly/2FPZu2D .


Promosi bermula pada 6hb April hingga 6hb Mei 2019. Jika korang memilih untuk ambil Huawei P30 atau P30 Pro dalam tempoh ini maka korang akan dapat free gift yang menarik. Pastikan dalam waktu promosi yer. Selepas tu tak dapat dah free gift tu ! 

Jika korang amik Huawei P30  yang mana harga serendah RM48 sebulan, maka akan dapat wireless charger yang bernilai RM268. Dan jika memilih Huawei P30 Pro dengan harga serendah RM98 sebulan , akan terima snorkelling case yang bernilai RM428. Amacam ? Tak cukup menarik ? Heee...

Sejujurnya , wife aku sendiri dah tertarik dengan pakej ni dan jatuh cinta dengan Huawei P30 Pro. Perempuan pakai sesuai woii ! Puas la bergambar nanti. Huhuhuh... 

You May Also Like

17 comments

  1. Sbg pengguna digi, ku sgt hepi. Tapi selalu frust part harga bulanan. Sbb kalau boleh nak maintain unlimited data cm skrg.. tp klu pakej fon, mesti data limited. Hmmm..Moga ada rezeki nak dapatkan fon ni jgk. Free ke. Hadiah ke. Heee

    BalasPadam
  2. Menarik harga pakej.. huawei makin menarik hp2 keluaran dorang.. gerammm je ha

    BalasPadam
  3. Wow menariknya harga pakej yg Digi tawarkan.. Berbaloi jadi pengguna Digi..

    BalasPadam
  4. Ai nk bertukar kepada digi 😁😁😁

    BalasPadam
  5. Wahhh.. macam best je dapat phone ni. Nak try tengok pakej Digi lah mcm ni

    BalasPadam
  6. Wah menarik yer.. tapi bukan pengguna Digi la pulak... wishlist tahun ni mmg nak beli phone baru, terpikat part water resistance tu.best bawa g pantai atau pulau

    BalasPadam
  7. HP Huawei ni memang meletup. Dah pegang belek sendiri sayangnya pakej yang ditawarkan oleh telco sekarang adalah kepada pemegang kredit kad sahaja. Too bad.

    BalasPadam
  8. Wow...Menarik ni.Mmg dok aim ja hp terbaru dr Huawei ni...Lg senang la klau blh dpt dgn hanya bayar bulanan mcm ni...

    BalasPadam
  9. wahh bestnya.. cantik gambar gunakan kameranya.. jelessss nak gak...

    BalasPadam
  10. Aduh. Aku pengguna DIGI. Ini membuatkan diriku bergolak.

    Apakah? Adakah? Kahkahkahakha

    BalasPadam
  11. Huawei memang ohsem! Tak mampu menafikannya. Nina pakai P20 ni pun dah seronok, kalau laaa dapat P30 - lompat bintang ai!
    Pakej digi tu menarik gak tu... Tapi kalau dapat cam Aben lagi syiokkkk! Sponsor please. Oh P30 come to me 😊

    BalasPadam
  12. aku ni iphone lover tapi serius tertarik sungguh dengan huawei p30 pro nih lepas ko up..lain macammm dia punya fungsi..nampak sama tapi tak serupa..dan rasanya p30 pro ni memang sesuai sangat untuk kegunaan aku yang banyak buat kerja dengan phone

    BalasPadam
  13. Body dia smart, gambar pun smart! Terpakai pulak lahaiiiii.

    BalasPadam
  14. Kenapa aku g digi dia kata kena byar sparuh harga p30 pro utk setahun pertama?.pastu tahun kedua baru start byar instalment.

    BalasPadam