Jom simpan air. Gangguan bekalan air 86 jam di KL, Selangor Rabu depan !!!

Tepuk dahi aku. Sudah la wife aku kena outstation minggu depan selama 3 hari. Dah pulak air takda ni. Aduhhhh.. kenapa la masa masa begini jugak la ko nak buat penambahabaikan. Kan bagus buat ari ni. Ari ni aku takda selama 3 hari. Haaa.. buat la. Hahahaha.. penting diri sendiri sungguh , kan ? Tapi minggu depan tu , hari sekolah dan kerja kot. Jenuh memasing bawak air dari rumah.. 

Menurut artikal di Sinar Harian , gngguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April. 

Pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu perlu dibuat dengan segera untuk mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna. 

Artikal penuh boleh baca di Sinar Harian yer. Aku nak gi tadah air dulu. Alamak , takleh nak basuh baju la gini. Tiada pose di ampaian baju selama beberapa hari yer. Harap maklum. Lalalalaaa... Leh rehat.





3 ulasan:

  1. Ikut pergi outstation lah kita

    BalasPadam
  2. baru sy perasan ada en ben kat sebalik bakul tu..alahai...

    BalasPadam
  3. terpaksa la tadah air hujan kalau macam ni, btw thanks for info admin

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.