Kalau tak kerana anak... aku balik rumah dah !


Benarlah kata pepatah .. Penantian itu suatu penyiksaan ! Hahahaha.. Demi kebahagian anak anak, ayah ibu sanggup buat apa saja. Begitulah semalam. Ada sukan tadika Zahra. Lokasi ok dah cuma cuaca yang membahang serta sistem pengudaraan tidak begitu sistematik di situ membuatkan para hadirin kepanasan. 

Ada yang bawa anak kecil. Mungkin belum berpengalaman lagi rasanya. Aku yang bawa Aariz , beberapa kali 'melarikan' diri ke dewan futsal yang lebih terbuka sistem pengudaraannya. Malah dia sendiri yang ajak keluar dari situ ! Sejujurnya aku sendiri tak boleh tahan dengan tahap kepanasan di dalam dewan sukan semalam, Hampir hampir aku ajak balik dah. 

Aku ajak duduk dalam kereta jap. Sejukkan diri sementara menanti acara Zahra tiba. Jam 9 pagi bermula acara sukan. Dan acara Zahra jam 11 lebih. Aku tanya Zahra. Camana ? Nak tunggu ke nak balik ? Jawapan Zahra tidakketentuan. Aku pandang muka dia. Dia eksaited tapi kelihatan keletihan. Panas serta sibuk bermain sementara menanti acara dia. 

Aku tanya wife. Dia pun berbelah bagi. Aariz dah buat hal. Begitu jugak dengan Qhaliff yang tak sudah sudah nak membeli permainan yang dijual di situ. Ni pun satu hal yang bikin aku marah gak. Time ni gak la diorang nak menjual mainan ! Hurmm..

Akhirnya aku buat keputusan... Tunggu hingga acara Zahra. Dah alang alang dari pagi ! Aku suruh wife dan Zahra masuk dalam dewan. Aku, Qhaliff dan Aariz menanti dalam kereta. Enjin dihidupkan. Pasang aircond. Terasa lega sangat ! Dan tak sampai 5 minit , aku terlena. Tiba tiba aku dikejutkan oleh Qhaliff. 

" Ibu telefon..". Katanya.

Dah tiba masa acara Zahra.. Merasa juga satu medal untuk dia. Dan aku bersyukur aku tunggu. Zahra gembira dapat medal tu ! 

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.