Kenapa perlu pegang 'tengah-tengah' tu ?

Masa aku kecil dulu , aku tak suka pakai kain pelikat. Sejarah hitam buat aku , membuatkan aku anti kain pelikat terutamanya nak tidur atau solat. Apakah sejarah hitam itu ??? Huhuh.. Ada satu hari tu, aku bangun dari tidur... kain pelikat aku berada 5 meter dari aku. Bayangkan mak aku punya ketawa camana masa tu ? Nasib zaman tu takda kamera phone lagi. Kalau ada , pastinya dah viral ! 

Bila dah matang usia seperti sekarang ni .. eceh , tak nak kata dah tua yer ! Barulah aku nak pakai setelah mengetahui akan kelebihan berkain pelikat ni ! Haaa... Banyak sebab weh ! Nak aku huraikan satu satu ke ? Hahahaha.. Tak yah la kot. Tapi yang pasti , selesa adalah keutamaannya. Aku tak nak bincangkan mengenainya. 

Cuma satu persoalan yang timbul sejak dulu. Kenapa mereka yang berkain pelikat ni. bila nak melakukan sesuatu atau berhenti di satu pit stop , akan pegang 'tengah-tengah' dan melakukan adjustable ??? Serius aku tak tau. 


Sekarang , aku dah tau dah faham. Kenapa mereka akan berbuat begitu ! Haa... nak tau ? Jawapannya ialah.... ko pikir la sendiri ! Aku takda masa nak sakit kepala !

3 ulasan:

  1. Kain pelikat dan kain batik sudah semakin ditinggalkan..

    BalasPadam
  2. Aku suka tengok suami aku pakai kain pelikat..Nampak macam bapak - bapak penyayang

    BalasPadam
  3. mudah untuk solat...ada ruang udara

    kunjungi blog

    www.oohsenyum.com
    pelbagai artikel yang menarik

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.