Permintaan Qhaliff Iman sempena hari lahirnya , hari ini !






Sekejap masa berlalu. Dari dok pelat cakapnya , sekarang dah petah dan sering buat daddy terkedu. Eh , ni Qhaliff ke bercakap ? Hahahaha.. Adoi , bisa bisa sungguh la ! Dan sejak minggu lepas , dia dok berzikir harijadinya..

" Qhaliff nak apa ? ". Tanya aku.

" Nak bayblade. Nak bagi Akiff. Nak bagi Hafiz. Nak bagi... " . Jawab Qhaliff.

Mak aih. Sejak bila harijadi kita , kita yang kena kasi hadiah ni ????? Kalau gini konsepnya, daddy punya besday ialah 30.2 setiap tahun. Heeee.. Jimat weh !

" Nak kek bayblade je la... Nak bawak gi sekolah ngan tempat ngaji. ". Katanya mengalah.

Mak aihhh.. bawak gi sekolah ??? Ada 40 orang kawan. Berapa banyak kek diperlukan andai seorang dua potong ?? Mau daddy jual laptop ni ha !

Selamat Hari Lahir Qhaliff Iman.... yang ke 7 !

4 ulasan:

  1. Selamat Hari Lahir Qhaliff Iman.... yang ke 7

    BalasPadam
  2. Hahahhhaha..... Bayblade mintanye...
    Nasib kek.....

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir Qaliff dari Kak Lin hehehehe...
    Moga Qaliff kacak, smart, macho dan soleh ya anak...

    Ko jangan kepit-kepit macam Daddy tau hahahahaha

    BalasPadam
  4. Happy birthday Qhaliff Iman.. May only the best will cross your path.. Aaamiinn

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.