Qhaliff berjaya pertahankannya ! Dia takkan masuk..


" Abang.. roti abis. Esok Qhaliff nak sarapan apa ? ". Tanya wife. Terus aku bersiap dan keluar ke kedai runcit. Tadi aku ingat nak beli andai aku gi gym. Tapi disebabkan badan masih penat akibat memandu jauh , maka aku batalkan je niat tu. Yelah , dah asyik terlelap masa tonton tv. Ternyata badan aku penat walaupun bersemangat waja. Huhuh..

Qhaliff ni ada satu problem. Dia takkan makan nasi atau makanan berat  ketika sarapan pagi. Air yang dibekalkannya pon hanya minum sedikit. Katanya dia taknak masuk tandas. Aku gelak besar bila dia berfikiran gitu. 

" Kenapa ? Gi je la. Bukannya ada hantu pun. ". Aku senyum. Tandas dia terletak di kawasan yang memang orang lalu lalang. Bukan hujung dunia pun. Huhuh.. Aku pernah masuk tandas murid ni. Dan aku tau kenapa Qhaliff tak nak masuk. Huhuh..

Aku dipahamkan mengenai tandas sekolah dia ni. Aku mampu geleng kepala jer. Entah ye entah tidak. Wallahualam. Yang pastinya .. Qhaliff akan lepaskan hajatnya di rumah saja. Heee..

Tiada ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.