Beli Car Dashcam untuk elakkan masalah timbul !

Di Facebook dalam minggu ni saja banyak dah kes kes kemalangan maut viral ! Yang ada video , beruntung sebab ada 'saksi'. Jika tiada , memang boleh bermasalah nanti. Sapa bersalah ? Nah.. boleh panjang ceritanya jika si pelaku tu tak nak mengaku. Perghhh... pening nanti. 

Pernah terjadi pada arwah ayah aku ketika dia memandu bas sekolah. Ada sebuah motorsikal yang dipandu oleh seorang lelaku , meredah masuk ke laluan bertentangan. Dan melanggar bas sekolah yang dipandu oleh arwah ayah aku. Menariknya , bas tu tak bergerak pun sebab dok tunggu murid sekolah agama. Terus jadi kes di mahkamah. Panjang ceritanya. 

Ditambah lagi dengan 2 kes kemalangan yang berlaku pada aku.. aku nekad untuk beli dashcam ! Kena cari yang berkualiti. Keluar modal sedikit pun tak pe la. Memang bersepah murah murah terutama di Lazada tapi aku lebih suka gi kedai dan cari sendiri. Puashati !! 

Lokasi pencarian.. Low Yatt Plaza. Berpusing aku mencari. Akhirnya singgah di satu kedai. Bagus staff tu. Dia layan tanpa paksaan pun. Dia bagi penerangan demi penerangan tanpa sebarang riak muka bengang pun. Semua jenama yang ada kat situ aku tanya. Kenapa dia tak syorkan yang itu..itu dan itu.. Dia jawab dengan penjelasan yang memuaskan hati aku. Dia tawarkan yang ikut kemampuan dan bajet aku. 

Dan akhirnya aku pilih yang ni... Kenapa yang ni ? Katanya night mode dia bagus. Lensnya pun guna Sony punya. Full HD gitu. Dia tunjuk video pengguna dashcam tu di Youtube. Memang cantik la kualitinya. 

Bukan la aku nak mintak kemalangan berlaku pada aku tapi sepengalaman aku ketika pulang beraya ke Kelantan , banyak kenderaan yang kalau boleh nak terbang , dia nak terbang ! Haaaa.. Tak kira dah orang lain ! Asalkan dia sampai dulu. Huhhh.. 









Harganya , RM399 . Dapat SD kad 16GB. Ok la. Aku malas nak tawar menawar sangat. Masa tidak mengizinkan dan aku bukanlah spesis suka mintak harga diskaun. Heeee.. Oh ya , nak guna senang sangat jer. Bukan touch screen. Mudah rosak jika touch screen sebab dia terdedah di cahaya matahari.. kan kan ? 


3 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.