Biarkanlah 'mereka' berkawan di sekolah !

by - Isnin, Mei 13, 2019


Beberapa minggu lepas , aku pening kepala tengok Qhaliff setiap kali pulang dari sekolah. Kalau pakaian tak kotor , alatan tulis hilang ! Perlukah aku mengadu pada cikgu ? Cikgu banyak kerja nak diuruskan woii ! Takkan nak tolong siasat lak ?? 

Sebelum kes baju kotor , kes jam tangan , duit la.. Yang itu aku kena rujuk cikgu untuk elakkan anak anak membesar dalam persekitaran negatif. Yelah , mana tau ada yang mintak duit ke... amik barang ke. Maka cikgu kena amik tau dan nasihat. Aku tak nak tau sapa yang amik atau sapa yang terlibat. Tak perlu nak mesej parents bagai ! Biar cikgu uruskan jer. 

Rujuk pada gambar di atas... aku pernah tanya Qhaliff , sapa yang kotorkan baju dia ? Siap ada cop mohor lagi tuuu ! Dia ada sebut nama. Aku tanya kenapa dan mengapa kawan dia buat gitu ? Dia kasi jawapan. Dan aku nasihatkan dia supaya jangan duduk dengan kawan tu lagi. Bukan apa.. aku risau Qhaliff membalas jer ! Dan sejak tu , takda dah. Pakaian dia bersih skit. Kotor tu , biasa la. Anak lelaki. Aku dulu pun kotor je. Tak semestinya sebab kena buli.. Kadang kadang terkena meja.. almari ke.. pintu dan sebagainya. Tapi aku tak pernah nak adukan pada cikgu dia. Biar Qhaliff uruskan masalah dia tu sendiri dengan bantuan nasihat dari kita. Bukan biarkan begitu saja.

Dan kerisauan aku menjadi kenyataan. Hari ni ada ibu murid minta wife aku mesej dia. Aku tak tau apa kes sehinggalah aku bertanya pada wife. Dia cerita la pada aku. Hurmm.. Aku panggil Qhaliff dan bertanya apa kisahnya. Dia pun cerita la A-Z. Bak kata kawan tu , anak depan mak bapak , baik la. Belakang kitaaa.. Heee... nak tanya... anak kawan tu gitu ke ? Maaf cakap la. Aku memang jenis tak kasi muka pada anak anak aku. Kisah Anak Ku , Sazali sering menjadi teladan buat aku. Manjakan anak tapi jangan kasi muka ! 

Penyelesaian... wife minta cikgu tanyakan esok di sekolah. Terpaksa. Bukan cari sapa bersalah tapi nak masing masing perlu tahu batasan bila berkawan. Perjalanan hidup mereka masih jauh lagi dan macam macam cabaran akan mereka lalui.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Qhaliff sedang belajar kenali dunia luar. Semua ni kena ambil masa , orangtuanya kena lebihkan sabar ,sabar dan sabar lagi. Semoga semua urusan dipermudahkan..

    BalasPadam
  2. Hari2 kena pesan bab berkawan nih.. Lumrah budak2.. Huhu..

    BalasPadam