GODZILLA: KING OF THE Monsters punya mesej tersembunyi !


Berkali Qhaliff bersuara ajak pergi tengok setelah melihat trailersnya. Yeahhhh.. Trailer memang nampak best tapi apakah filemnya best jugak?? Maka lepas terawih malam tadi , aku bawak dia gi layan di Alamanda. Port feveret aku untuk tengok movie bersama anak anak. Tapi kali ni aku tak bawak Zahra sebab tau dia akan boring !

Beli tiket secara online menggunakan app GSC , memang mudah. Cuma aku tak layan movie sampai goyang la.. heee.. macam iklan kredit kad tu. Apa giler nak tengok movie guna kad kredit ! Huhh... Tak berbaloi aih...

Ok..sebelum aku lari topik.. Hee... Secara jujurnya , movie Godzilla atau Gojira ni tak sesuai untuk anak anak dibawah 10 tahun. Melainkan pemikiran mereka dah selevel 12 tahun maka ok la. Jika tidak, sebaiknya tak perlu bawa mereka. Mereka akan boring. Nak tunggu babak aksi tu , memang boleh abis pop corn sekotak la ! Hahahaha... 

Kedua.. Mesej tersembunyi dalam filem ni memang seperti filem filem lain iaitu mengenai populasi dunia dan kesimbangan alam. Banyak filem filem barat yang nak hapuskan manusia dalam jumlah yang besar ! Alasan , kerana manusia semakin ramai dan mengancam dunia. Tiada lagi kesimbangan. Sebenarnya kalau rajin membaca , mesti jumpa part ni.. Teori konspirasi. Wabak penyakit.. perang.. kebuluran.. kan ? Aku tau... ini cuma hiburan tapi mau gak pikir beginilah cara mereka menyebarkan juga mesej mesej tersembunyi mereka. Hahahaha.. Yeahh.. aku tau.. Ada yang tak leh terima tapi banyakdah filem begini kan ? Hiburan , hiburan gak tapi jangan terlena ! Haaa.. Itu yang 'mereka' nak.

Ok. aku malas nak ulas part tu. Pandai pandai cari info sendiri. Kang kata aku giler lak. Hahaha.. Keseluruhan bagi aku.. bagi Qhaliff , dia dah lena sebab banyak babak cakap yang buat dia menguap. Hee.. Bagi aku , babak cakap tu ok jer. Tak la membosankan sangat.Dan babak aksi pon menarik la. 

Keseluruhan... filem ni boleh layan jika pagi raya tak tau nak pergi ! 6/10 gitu. 

3 ulasan:

  1. tak tengok lagi.. lepas rayalah kot tengok..

    BalasPadam
  2. Kita pun da tengok..setuju sangat dengan review ni..sampai takde idea nak review apa kat blog pasal filem ni 😂

    Tapi kita nangis jugak la part serizawa tu...walopum benda tu cliche sangat

    BalasPadam
  3. Sy setuju 110% stp movie omputih msti ada dikaitkan dengan isu pelupusan populasi manusia secara besar2an...alasan yg diberikan bumi dh sarat n padat dengan hidupan...jd utk kekalkn keseimbangan...pghapusan perlu dilakukan...hihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.