Kalau sayangkan abang , jangan masak..

Itulah pesan aku pada wife ! Jangan masak sedap sedap ! Kalau boleh , setiap masakan jangan letak garam dan air minuman jangan ada gula ! Itu hanya berlaku di rumah aku saja. Kalau di luar , jika ada pilihan... aku nak buat juga tapi sukar sebenarnya. 

Wife aku sama seperti isteri isteri yang lain... suka memasak ! Sapa tak suka masak makanan sedap sedap untuk sang suami kan ? Tapi aku rasa korang pon tau kenapa kan aku bagi arahan sebegitu ? Yer.... aku ada tekanan darah tinggi dan juga aku nak elak dari diabetis ! Maka gula dan garam adalah dua unsur yang aku kena jauhi ! Begitu juga dia.. 

Sesekali.. ok je bagi aku kalau dia nak masak terutama di hujung minggu.. Sesekali makan sedap  barulah enjoy. Hingga licin gitu.. 


Bulan puasa ni , dia masak boleh dikira beberapa kali. Kalau masak pun , pastinya sangat ringkas. Aku cuma nak makan untuk berbuka jer. Heee... Dan aku rasa aku nak teruskan amalan berbuka dengan 3 kurma terlebih dahulu dan turut diakhiri dengan kurma juga. Terasa perbezaan yang cukup ketara. 

Kebelakangan ni kita boleh tengok ramai orang muda yang terlentang di hospital gara gara penyakit tekanan darah tinggi dan juga diabetis. Begitu juga dengan kanser. Pemakanan juga antara punca kepada penyakit kanser ni ! 

Aku tengok mereka yang gi buffet Ramadan ni pun satu hal gak. Dia punya makan.. Perghhh... Memang la sedap. Dah bayar mahal ! Tapi makan la berpada pada. Amik lebih pada nak rasa jer. Bukan makan sampai perut kembung terbelahak ! 

Sebolehnya banyakkan makan ulaman dan juga buah buahan tempatan. Harga perubatan sekarang ni mahal. Kalau ada insuran , ok la kan ? Kalau takda.. ? Hospital kerajaan pun bukan free nak oi ! 

Selagi boleh elakkan... jangan ikut nafsu. Kita sakit , kita yang susah. 

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.